Kata Anwar Ibrahim, politik adalah mengenai persepsi dan disebabkan wujudnya tanggapan dan persepsi meluas bahawa PRU-13 dicemari penipuan dan tidak telus, maka PR bersedia mempertimbangkan pilihan untuk memulau sesi pembukaan Dewan Rakyat pada 24 Jun 2013.
Maksudnya mudah difahami, Anwar sudah berkira-kira untuk memulau sesi pembukaan atau pun hari pertama sidang Parlimen sekali gus memboikot majli angkat sumpah pada hari tersebut sebagai tanda penolakan terhadap keputusan PRU-13.
Perkiraan Ketua Umum PKR itu mudah, tindakan pemulauan mahu dilakukannya selepas berpaksikan pada persepsi dan tanggapan buruk yang kononnya sedang meluas, walau hakikatnya persepsi sedemikian sengaja di cipta olehnya dengan bantuan pemimpin-pemimpin PR.
Namun kini makin dekat menjelangnya tarikh 24 Jun 2013, Anwar akhirnya terpaksa menjilat ludahnya sendiri dan seperti biasa meneruskan tradisi lidahnya yang berbelit menyalahkan orang lain yang kononnya salah memahami saranannya.
Salah faham kot celah kangkang cinadoll mana kita tak tahulah, langsung tak masuk akal. Yang pastinya sepanjang polemik boikot angkat sumpah ini diperkatakan, sebahagian besar Ahli Parlimen dan pemimpin PR enggan untuk mengikut cadangan Anwar yang serba mengarut itu.
Sekarang dah termalu sendiri rakan sepakatan dan pemimpin PKR yang dipimpinnya tak senada dalam isu ini, mahu tak mahu terpaksalah menerima hakikat daripada terus dimalukan lebih baik turut sama hadir ke Parlimen.
Anwar rasa malu? Muka tembok macam Anwar mana pernah kena erti malu. Dah terbiasa menipu dan jenis politikus yang kuat berkhayal imaginasi mengarut sepertinya takkan terdetik walau sekelumit rasa malu. Itu hakikatnya.
Dulu dan sekarang sememangnya Anwar suka bermain dengan persepsi sambil mewujudkan tanggapan buruk, bila ia berjaya menguasai sebahagian besar pemikiran penyokongnya, maka ia satu kebanggaan bagi dirinya.
Tapi bila kantoi atau tak dapat sambutan, orang lain yang akan di kambing hitamkan. Itu asas perjuangan Anwar dan ia sudah sebati sebagai sebahagian dari dirinya.
Dulu Anwar dan kaum kerabatnya jugalah yang menimbulkan tohmahan dan tanggapan buruk bila mana disebarkan ceritera kononnya telah diracuni dengan arsenik dan disuntik darah HIV+ sehingga menimbulkan keributan di seluruh negara.
Bila terbukti dakwaan itu karut, Anwar dan jentera propagandanya menghasut pula para penyokong PKR dengan cerita dongeng kononnya dizalimi sehingga tulang belakangnya patah dan tengkuknya terkehel sampaikan terkinja-kinja mahu berubat di Jerman.
Beberapa tahun selepas itu bila timbul isu liwat kedua disebarkan pula cereka khayalannya konon ada ancaman bunuh yang memaksanya lari bersembunyi di Kedutaan Turki. Semasa proses perbicaraan pula dia yang minta tangguh bicara berkali-kali dituduhnya pula orang lain punya angkara.
Beberapa ringkasan sejarah politik Anwar sepanjang lebih sedekad itu hanyalah secebis dari pelbagai fiksyen politik yang menjadi mainannya yang dilakukan dengan tujuan utama untuk menarik simpati dan sokongan umum.
Sekarang Anwar melakukannya lagi dan untuk kali yang entah ke berapa, sekali lagi Anwar melepaskan dirinya dengan alasan yang tidak masuk akal. Soal rasa bersalah atau malu tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Nak meminta maaf, lagilah jauh panggang dari api.
Jenis muka tembok sejak azali macam itulah tabienya!!!--myKMU
No comments:
Post a Comment