Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, May 16, 2013

ZAHID HAMIDI TANGKAP HISHAMUDDIN???



MENTERI YANG BARU, TOLONG BUAT KERJA...
JANGAN NAK BERI AMARAN AJA KERJANYA...
RAKYAT DAH BERI KEPERCAYAAN UNTUK BUAT KERJA..
DAH LAMA SANGAT PUAK NI PIJAK KEPALA KITA...
TAK KAN KITA NAK BIAR DAN DIAM AJA...
TEGAS SIKIT BARU KENA DENGAN MUKA YANG GARANG TU YER...

JPX

KUALA LUMPUR:  Barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyeru penyokongnya agar turun ke jalan raya untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang baru lalu.
 
Gesaan itu dibuat antaranya oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

"Kita perlu teruskan tekanan," kata Sivarasa pada Forum Hari Bangsa Malaysia: Selamatkan Demokrasi di sini, malam tadi.

Seruan turun ke jalan raya itu juga terkandung dalam deklarasi yang dibacakan pada akhir forum itu. Forum tersebut dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Seruan berkenaan turut mendapat sokongan aktivis pro Pakatan Rakyat antaranya Hishamuddin Rais. 

"Saya menghasut semua rakyat agar turun ke jalan raya. Itu satu-satunya jalan untuk kita menumbangkan kerajaan," kata Hishamuddin semasa berucap pada forum itu. 

Rapat umum besar-besaran yang bermatlamat menghimpunkan sejuta orang itu dijangka diadakan di ibu negara pada 18 Mei ini.

Pakatan Rakyat minggu lalu menggerakkan kempen Hitam 505 dan melancarkan siri jelajah Suara Rakyat Suara Keramat ke seluruh negara bagi membantah keputusan PRU-13.

Selain menggesa penyokong terus berdemonstrasi, Nurul Izzah turut menyifatkan pilihan raya semula perlu diadakan di beberapa kawasan yang didakwa meragukan.

"Kita juga mendesak agar pilihan raya diadakan semula di 27 kerusi parlimen yang dimenangi Barisan Nasional dengan jumlah majoriti tipis," kata Nurul.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada Isnin mengumumkan pihaknya telah mengenal pasti 27 kerusi parlimen yang keputusannya sedang disiasat dan mungkin akan membawa kepada tindakan petisyen di mahkamah.

Daripada 27 kerusi itu, 19 ditandingi oleh PKR manakala 6 kerusi oleh Pas dan 2 DAP.

Rafizi juga memaklumkan pihaknya turut menerima 237 laporan yang dipercayai melibatkan penyelewengan pilihan raya termasuk yang telah dilaporkan kepada polis.

7 comments:

Anonymous said...

harap new KDN & new KPN take firm action...not press conference jer...

Anonymous said...

OI NURUL SIAL KWASAN LEMBAH PANTI TU PUN PERLU PILIHANRAYA SEMULA....KO PUN MENANG TIPIS JUGAK.

Anonymous said...

OI NURUL SIAL KWASAN LEMBAH PANTI TU PUN PERLU PILIHANRAYA SEMULA....KO PUN MENANG TIPIS JUGAK.

Anonymous said...

PEACE LOVING MALAYSIANS WANT THESE IDIOTS ARRESTED.
HISHAMUDDIN RAIS IS THE MASTERMIND.
THEY PURPOSELY WANTS TO CREATE HAVOC INTHIS BEAUTIFUL COUNTRY OF MALAYSIA.
TANGKAP TANGKAP TANGKAP.
MILLIONS ARE BEHIND THE GOVERNMENT.

Anonymous said...

Tanpa ISA polis kurang juasa dan kian lemah..dulu boleh cegah sebelum parah la ni ..tak boleh..baca akat SOSMA 2012 sek 4 (3) akta ini..

PART II
SPECIAL POWERS FOR SECURITY OFFENCES
Power of arrest and detention
4. (1) A police officer may, without warrant, arrest and detain any person whom he has reason to believe to be involved in security offences.
(2) A person arrested under subsection (1) shall be informed as soon as may be of the grounds of his arrest by the police officer making the arrest.
(3) No person shall be arrested and detained under this section solely for his political belief or political activity.
(4) The person arrested and detained under subsection (1) may be detained for a period of twenty-four hours for the purpose of investigation.
(5) Notwithstanding subsection (4), a police officer of or above the rank of Superintendent of Police may extend the period of detention for a period of not more than twenty-eight days, for the purpose of investigation.

AktivitinPolitikmatau berkaintan dgn nya.. Sukar Polis nak bertindak, kalu bertinfak tangkap jamain tangkap jamin..Polis pun boring u all lagi boring..
SO meka dulu desak ada sebab, ada niat tp Najib dan seouou dia HishamKrismudin laknat tu say no hal..boleh mansuh..so lantak lah apa nak jadi..Najib bilang Politik Malaysia kian matang, matang kepala lutut dia

Anonymous said...

Baca dan Faham unadng2 baru mengantikan ISA..lawyer Nuar da faham ianya byk lorong gajah ..


http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/2012/DR152012E.pdf

Anonymous said...

Itulah! Dia ingat dia saja ada otak kiri kanan. Orang lain hanya otak sebelah saja - kiri/kanan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa