Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, May 10, 2013

KETUA MENTERI MELAKA TAK MAHU PAGAR MASJID???



SATU IDEA YANG BAIK...
INILAH CONTOH PEMIMPIN ISLAM YANG IKUT PERKEMBANGAN DAN KEHENDAK ZAMAN...
KADANG-KADANG KITA KENA TENGOK JUGAK ZAMAN LAMPAU...
KALAU ZAMAN NABI DULU BENDA NI BOLEH BERJAYA...
ZAMAN SEKARANG PUN IANYA MASIH LAGI RELEVEN...
APAPUN ORANG BARU KITA KENA BERI PELUANG UNTUK BAWA IDEA YANG BARU...
DALAM TEMPOH PERCUBAAN INI KITA SOKONG APA YANG DIA BUAT...
APA MACAM SEMUA???
SETUJU???

MELAKA 9 Mei - Semua institusi masjid di negeri ini tidak akan lagi dipagar bagi memberi ruang yang luas di kawasan sekitarnya untuk digunakan bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti rekreasi. 
Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, langkah tersebut dibuat bertujuan untuk memastikan peranan masjid bukan setakat sebagai tempat ibadat tetapi juga membolehkan orang ramai berkumpul untuk menjalankan pelbagai aktiviti. 
Menurutnya, peranan masjid perlu diperluaskan bagi mengajak masyarakat, ahli keluarga dan golongan remaja mendekati institusi itu. 
''Saya lihat bagaimana dataran di Masjid Nabawi di Mekah menjadi tempat umat Islam berkumpul menjalankan apa sahaja aktiviti dan apabila tiba waktu solat mereka dapat menunaikan ibadah. 
''Apabila masjid di pagar dan dikunci, ia akan menghalang individu untuk menunaikan solat walaupun saya akui ia dikunci atas aspek keselamatan bagi mengelak daripada berlaku sebarang kecurian. 
''Tetapi kali ini perlu ada perubahan drastik untuk dilaksanakan iaitu masjid tidak lagi perlu dipagar dan kerap dikunci serta ruang luas kawasan pula akan dibina sebuah dataran," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan rasmi di Pejabat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Bukit Palah di sini hari ini. 
Pada majlis tersebut, Idris diberi taklimat mengenai struktur pentadbiran MAIM dan beliau turut meluangkan masa berjumpa dengan kakitangan di institusi berkenaan. 
Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Yaakub Md. Amin, Mufti negeri, Datuk Rashid Redza Md. Saleh, pegawai kanan serta kakitangan termasuk dari Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim). 
Menurut Idris, peranan masjid perlu dikembalikan seperti di zaman Nabi Muhammad SAW apabila masjid bukan sahaja dijadikan tempat ibadat tetapi pusat menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan menyelesaikan masalah. 
Justeru katanya, Masjid Al-Azim di sini akan menjadi perintis apabila semua pagar akan dibuka dan dataran yang sedia ada akan didirikan khemah untuk diadakan pelbagai aktiviti di situ. 
Beliau menambah, kawasan sekitar masjid itu akan mencontohi Masjid Nabawi dengan dataran yang ada akan dijadikan tempat bersantai dan rekreasi sekeluarga. 
''Bila tiba waktu solat, mereka boleh tunaikan ibadah itu dengan kemudahan di dalam masjid yang telah disediakan," ujarnya.

17 comments:

Anonymous said...

SETUJU SANGAT SANGAT DENGAN CADANGAN KETUA MENTERI NI. SEBAGAI NEGERI BERSEJARAH DAN ANTARA TAPAK AWAL KEMAHSYURAN MELAYU ISLAM ELOK BENAR CADANGAN INI....DARIPADA I DIRIKAN KHEMAH ADALAH LEBIH BAIK KALAU DAPAT DI USULKAN AGAR PAYUNG CANOPY SEUMPAMA DI MADINAH DAPAT DI PASNG AGAR IANYA LEBIH FLEKSIBAL DAN BOLEH DI GUNA SEPANJANG MASA. MELAKA PUN TERKENAL NGAN NEGERI YG PANAS DAN KURANG HUJANNYA.

rakab said...

Cadangan yang sangat bernas. Boleh cuba dilaksanakan.

Tetapi ada sebahagian masjid dan surau terutama di kampung-kampung yang perlu dipagar kawasannya.
Tujuannya ialah mengelakkan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing yang berkeliaran dari mengotorkan kawasan masjid/surau dengan najisnya.

Anonymous said...

tak pagar masih ok lagi...yang risaunya nak bina dataran...itu boleh beri kesempatan parti politik buat ceramah maki hamun nanti...

Anonymous said...

Tak perlu kunci... Tapi kena pagar bang...
Anjing berkeliaran byk tu...

Anonymous said...

mungkin buat pagar sekeliling ... tapi pagar depan buka ... atau x konci, lampu sentiasa hidopp ..

BOTAKALORGAJAH said...

''Apabila masjid di pagar dan dikunci, ia akan menghalang individu untuk menunaikan solat walaupun saya akui ia dikunci atas aspek keselamatan bagi mengelak daripada berlaku sebarang kecurian"...

Belum apa apa YB dah mula dah.. Tau tak YB, selain dari kecurian..kan tu tempat orang Islam solat, membuat apa apa untuk sinar Islam..tempat suci..kalau tidak ada pager, maka akan masuklah anjing-anjing liar dan binatang2 liar yang lain memasukinya. Sudah pasti najis akan merata rata.

YB...pikir-pikirkanlah. Bukan tak elok niat YB tu, tapi kena juga ingat tentang kebersehannya sekali.

Anonymous said...

Sumber mana bro?

[Ingin Tahu]

Anonymous said...

Salam semua.....pada pendapat saya pagar tu PERLU utk MENCEGAH dari haiwan lembu, kambing dan lebih2 lagi HAIWAN MUGHALAZAH spt anjing yg melibatkan samakan....masjid Nabawi di Madinah tidak di pagar kerana di sana HAIWAN MUGHALAZAH TIDAK ADA....tetapi di Malaysia ni terdapat banyak haiwan2 spt itu. PAGARKAN masjid tetapi TIDAK PERLU DIKUNCIKAN.

Pembinaan masjid hendaklah ada ruang yg diperuntukkan bagi kegunaan MUSAFIR iaitu ruang di luar atau SERAMBI TERBUKA tetapi beratap. Dengan itu bahagian masjid yg mempunyai kipas, speaker pembesar suara, mikrofon dan lain2 barang yg biasa dicuri org boleh DIKUNCI pintunya. Jika ada musafir hendak bersolat maka mereka boleh menggunakan ruang solat atau serambi masjid (bahagian luar) yg disediakan. Inilah pendapat saya utk kita bersama...wasalam.

Anonymous said...

Setuju. Dulu masjid bulat PJ ada buar. Tp aku pi akhir2 ni dah tak macam dulu. Parking pulak penuh.

Anonymous said...

Masalahnya penyanyak/penyamun xkenal masjid. Nanti polis xda keja lain hari2 dok terima repot masjid /surau di Melaka kena pecah/rompak/samun.

Anonymous said...

Anjing ok lagi ini lenyamun..abis d kemas membar..byk es tabung masjid pun lesap, Dulu era Tun Musa Hitam menteri alam negeri Oagar Balai polis d buka, apa jadi..batu, lembu kerbau kambing datang balai, gereja pun berpagar la ni, Unfang undang kian lemah, penjenayah pakatan herokan..ramai pulak nak bela penjenayah..skarang ni atas alasan hak asai manusia.. Manusia yg ada duit lah, kalau setakat peragut mana peguam nak ambil kes..semua yg ada duit dan mampu bayar..if not hak itubkamu tanggung sendiri lah.. Idea bagus tp jgn masjid kosong dan kelak puak pakatan guna untuk perhimpunan tabur fitnah..

Hanafi Vale said...

yang aku tak dapat lupa perbuatan khianat seperti ,emconteng surau dengan perkataan berbau rasis oleh puak kafir....

Ada juga kes lempar babi di kawasan masjid di Baling semasa kempen PRU13..

Maka keperluan pagar bergantung kepda lokasi dan keadaan persekitran masjid dan surau.

Ataupun tak ada pagar tapi perluan ambil pengawal keselamatan.

Anonymous said...

PAGAR ITU PERLU JIKA DILIHAT KEPADA SUASANA DI NEGARA KITA INI..TAPI JANGANLAH DIKUNCI. MASJID NABAWI PUN MEMPUNYAI PAGAR DI SEKELILINYA KAN? CUMA PINTU PAGARNYA TAK PERNAH DITUTUP.
MENGENAI DATARAN ITU, SAYA SANGAT SETUJU. APATAH LAGI JIKA ADA YANG BERATAP.

Unknown said...

BERI SOKONGAN.
INSYA ALLAH, UMNO MAMPU MENGANGKAT SYIAR ISLAM DI MALAYSIA.

UMNO WAJIB BERPEWATAKKAN ISLAM BERMULA DARI PEMIMPIN ATASAN SAMPAI KE AKAR-UMBI. INSYA ALLAH SEMUA UMAT MELAYU DAN ISLAM AKAN MENINGGALKAN PAS DAN MEMILIH UMNO SEBAGAI WADAH PERJUANGAN.

SELAMA INI IMEJ UMNO NAMPAK MACAM LIBERAL WALAUPUN NIAT MURNI UNTUK MENGANGKAT ISLAM DI MATA DUNIA.

mat said...

banyak penagih yg akan curi duit tabung masjid kalau tak kunci. lebih baiak kalau rumah tok imam dibina dlam kaw. masjid

Anonymous said...

Arahan Ketua Menteri Melaka yang baru mestilah dilihat dari sudut yang lebih luas. Pendapat saya elok sangat tidak berpagar dan berkunci. MAIM kan ada anak syarikat Keselamatan, guna dana peruntukan masjid menggaji 3 orang TEMPATAN MELAYU ISLAM untuk bekerja mengawal masjid 24 jam. Jadi kalau ada 100 mesjid, 300 orang MELAYU ISLAM dapat kerja. Masjid bebas dari gangguan haiwan dan pencuri-pencuri. Tentu PRU14 pegawai keselamatan ini akan sokong UMNO kenang budi dapat gaji membesarkan anak-anak.

Anonymous said...

Saya setuju dengan langkah ini. Kita tidak mahu masjid menjadi seperti gereja, tersergam gah tetapi senyap sunyi, kosong sahaja. Peranan masjid bukan seperti peranan gereja, yang mana gereja hanya menjadi tempat beribah dan kahwin sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa