Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, May 10, 2013

AZMIN ALI SERANG WAN AZIZAH SAMPAI MENANGIS




Ketika ini, kita masih lagi berbicara mengenai isu pemilihan siapa yang layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Dalam isu ini, orang yang paling lantang bersuara adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali.

Sejak sebelum PRU13 lagi, Azmin memukul canang cerita mengenai pemilihan calon MB Selangor. Dan selepas pilihan raya juga, ternyata beliau masih lagi mendominasi kedudukan sebagai ‘ketua’ yang seolah-olah layak untuk memilih siapa pun.

Semua orang tahu, pergelutan antara pemimpin-pemimpin PKR dalam isu ini tambah-tambah lagi antara Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah dengan Azmin.

Mereka dikatakan bertelagah sebelum PRU13 dan Azmin yang tegas bersuara memberitahu Kak Wan tidak diperlukan khidmatnya di negeri Selangor dan perlu memberikan fokus di tempat lain. Itu kata Azmin.

Walhal, ketika itu, Kak Wan terlalu mahukan kedudukan dan kuasa di Selangor. Tapi, kerana sikapnya yang menghormati dan menyanjungi suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasratnya itu diketepikan selepas Anwar dikatakan mendengar segala cakap Azmin.

Selepas PRU13, isu siapa lebih layak menjadi MB Selangor masih lagi juga tidak selesai. Sekali lagi, Azminlah orang yang begitu gah bersuara tentang MB Selangor termasuklah sikapnya yang menentang sekiranya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sekali lagi menjadi MB Selangor.

Mulalah Azmin nak buat perangai dengan mengugut mahu meletakkan jawatan sekiranya khabar angin Khalid kekal sebagai MB diteruskan. Dan kerana isu ini juga, Azmin mula sibuk mahu mendedahkan pelbagai perkara termasuklah rasa tidak puas hatinya kepada Ketua Umum Pembangkang, Anwar atas kekecewaan tidak dapat menawan Putrajaya.

Tidak cukup dengan itu, dalam sidang media yang dibuat hari ini, Azmin seolah-olah menyalahkan Kak Wan.

Azmin telah mempersoalkan surat yang dihantar Kak Wan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin idris Shah berhubung calon MB Selangor.

Kata Azmin, surat yang dihantar Kak Wan pada hari semalam itu dibuat tanpa mengadakan sebarang perbincangan atau maklumat lanjut serta mendapatkan persetujuan bersama oleh semua ADUN parti itu.

Kata-kata Azmin yang berasa tidak puas hati dengan Kak Wan menunjukkan beliau seperti menyalahkan Kak Wan yang hanya menjalankan tugas sebagai Presiden PKR.

Sudahlah sebelum ini keputusan sama ada Kak Wan boleh bertanding atau tidak dalam PRU13 diputuskan oleh Azmin, sekarang ini keputusan untuk menentukan calon MB Selangor juga hanya Azmin sahaja yang layak bersuara.

Inilah perangai Azmin yang sebenar, suka menyalahkan semua pihak bila sesuatu perkara tidak menjadi.

PKR kalah dalam PRU13, terang-terangan Azmin menyalahkan Anwar. Dalam isu pemilihan MB Selangor, Azmin pula menyalahkan Kak Wan. Walhal orang-orang yang dipersalahkan beliau adalah ketuanya sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

Selangor ni ade MB ke x de MB ke same je. Tetap jahanam

Anonymous said...

Bodoh punya AZMIN. Orang dah tau Anwar kaki putar belit. Kau pulak bagi tau satu dunia yg kau kena tipu. Bodoh bodoh. Biasa lah Anwar berjanji macam tu... semua orang pun dia janji jawatan. Bahlol!!

Anonymous said...

susah susah lantik je aku jadi mb.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa