Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, May 16, 2013

CINA TIADA DALAM KABINET:PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN!!!





Kabinet baru telah pun diumumkan dengan tiada wakil kaum Cina di dalamnya.  Walaubagaimanapun, kerajaan tetap memperuntukkan tempat untuk wakil dari kaum Cina yang mana tertakluk kepada pindaan keputusan Mesyuarat Agong Luarbiasa MCA. 

Setakat ini, pihak MCA langsung tidak menunjukkan minat untuk bersama-sama kerajaan lagi.  Secara dasarnya, parti itu dilihat terbahagi dua iaitu antara yang mengambil sikap mesra DAP dan juga berkecuali.  

Walaupun terdapat di kalangan mereka hatinya masih bersama BN, jumlah mereka mungkin tidak signifikan langsung iaitu selaras dengan peratusan sokongan masyarakat Cina terhadap BN iaitu hanya 3%. 

BN boleh sahaja mengikut emosi dan menghukum kaum Cina dengan tidak memberi apa-apa jawatan kepada mereka di kabinet.  Malah, rasanya lebih tepat jika dikatakan bahawa kaum Cina sendiri minta dihukum dengan menolak sebarang jawatan sejak dari awal lagi.  

Namun, sebagai parti yang matang dan berpengalaman, kepimpinan BN memilih untuk mengenepikan emosi serta cuba untuk mengambil tindakan yang tepat.  Dan tindakan yang tepat adalah memberi sedikit ruang kepada kaum Cina di dalam kerajaan sebagai mewakili suara masyarakat kaum itu.  Ini adalah penting untuk kesinambungan dan kesejahteraan negara. 

Bagaimanapun, kaum Cina tidak berminat untuk membantu kerajaan untuk membuat keputusan yang tepat.  

Mungkin juga tindakan mereka ini adalah kerana mereka enggan menjadi sekadar ‘Menteri Pengangkutan’ atau ‘Menteri Kesihatan’, tetapi mereka ingin menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri! 

Jika ini benar, nampaknya kaum Cina ingin memegang jawatan signifikan di dalam kerajaan Malaysia walaupun menolak untuk mengasimilasi dengan budaya majoriti negara ini.  Mereka ingin menjadi pemimpin tinggi dalam masyarakat negara majmuk tetapi enggan menghayati konsep perpaduan sebenar.  

Pendek kata, mereka ingin menjadi Ketua dengan membawa konsep Ketuanan Cina. 

Mungkin, inilah sebabnya mereka memandang sepi ‘tempat’ yang disediakan untuk mereka oleh kepimpinan negara.   Segalanya mungkin kini kerana kita sudah tidak boleh lagi mengharap atau menjangkakan apa-apa dari kaum Cina selain meletakkan kepentingan diri mereka sebagai keutamaan.  

Justeru, mungkin adalah lebih baik jika kerajaan tidak ‘memujuk’ mereka kerana jelas mereka tidak melihat ketiadaan tempat untuk mereka di dalam kabinet sebagai satu hukuman.   Tetapi, mereka menganggapnya sebagai gambaran ‘kuasa’, iaitu mereka tidak perlukan tempat di dalam kerajaan untuk hidup di Malaysia.  

Memahami karektor kaum Cina, mereka bukannya merasa bersalah, sebaliknya sedang mempamerkan keangkuhan mereka dengan tidak menerima sebarang jawatan di dalam kabinet.   Mereka mahu kita semua termasuk kerajaan berhenti mengkritik dan menghentam serta membongkar niat dan sikap buruk mereka yang tidak pernah ikhlas serta tidak tahu bertolak ansur itu.  Mereka mahu kita tahu bahawa mereka tidak akan terjejas walau apapun yang kita lakukan.    

Mereka tidak kisah menjadi pembangkang asalkan dapat terus mencabar hak keistimewaan Melayu serta kedudukan agama Islam tanpa melepaskan sedikit pun hak mereka terutamanya, hak untuk meneruskan Sekolah Vernakular kerana di situlah mereka melatih generasi baru untuk ‘mengambil-alih’ Malaysia. 

Secara ringkasnya, kaum Cina melihat tindakan kerajaan menyediakan ‘tempat’ untuk mereka di kabinet walaupun mereka menolaknya, sebagai satu tanda kelemahan. 

Walhal, kerajaan hanya mahu melakukan sesuatu yang tepat dan wajar untuk kesejahteraan semua. 

Malangnya, seperti yang kita tahu, pemikiran kaum Cina itu tidak sama dengan kita.  Mereka tidak melihat kepada kesejahteraan semua, melainkan diri dan kaum sendiri sahaja.   Mereka tidak pernah melihat diri mereka sebagai sebahagian dari kita rakyat Malaysia.  Kerana apa?  Kerana mereka tidak pernah bersama kita sejak di alam persekolahan lagi. 

Kini, punca masalah penolakan kaum Cina terhadap BN sudah jelas iaitu ‘Sekolah Vernakular’.  Tetapi, mereka berdegil untuk mempertahankan punca tersebut.  

Maka, terpulanglah kepada barisan kabinet baru dan juga kepimpinan negara untuk memilih sama ada untuk menangani puncanya, atau sekadar ingin mencari penyelesaian sementara.  Apapun, imej ‘hidung tak mancung dan pipi tersorong-sorong’ yang ditunjukkan oleh BN terhadap MCA adalah satu imej yang buruk sekali. 

Bak kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dalam wawancara di Astro:-
“Maksudnya saya bukan orang politik yang bercakap mengenai politik, saya tidak diupah dan tidak bercakap bagi mana-mana pihak, apa yang benar itulah yang saya cakap.

“Tetapi di dalam budaya India kalau saya cakap begitu maknanya ada yang tidak benar, jadi saya tidak cakap yang bohong, apa yang saya kata hari ini kalau ada terkecil hati, saya hanya nyatakan apa yang terkandung dalam Perlembagaan, tidak ada tokok tambah,” katanya. 
Sementara itu, Zainul berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohd Noor tidak bersifat rasis dan bukan menghasut atau mencetuskan ketegangan kerana ia berdasarkan kepada Perlembagaan itu sendiri. 
“Apa yang dikatakan berdasarkan peruntukan, terpulang kepada penerimaan kita, kalau hendak tapis sesuatu itu berdasarkan tapisan politik, kita akan cari alasan tertentu bagi justifikasikan pandangan parti-parti tertentu. 
“Tetapi, kalau tapisan kita berdasarkan tapisan Perlembagaan dan perundangan, saya tidak nampak ia satu masalah besar, apa yang dikatakan Datuk Mohd Noor saya tidak nampak apa-apa perkara pun yang melanggar Perlembagaan,” katanya. 
Beliau berkata tiada peruntukan secara spesifik mengenai SJK di dalam Perlembagaan, tetapi di dalam Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996, menyatakan bahawa menteri boleh mewujudkan SJK dan SK. 
“Apa kata perkasakan SK kita, berikan guru-guru yang terbaik di SK, tingkatkan kemudahannya, sudah pasti ia akan menarik minat bangsa-bangsa selain Melayu untuk menghantar anak-anak mereka ke SK,” katanya.
Bandingkan dengan sentimen perkauman tegar dan rasis yang dimainkan oleh DAP pada sepanjang masa melalui label 'Big Brother' UMNO dalam Barisan Nasional. Kenapa pula DAP tak boleh menerima kepimpinan Melayu sedangkan Melayu adalah majoriti dalam negara ini? Kenapa pula DAP menolak konsep KONGSI KUASA dalam BARISAN NASIONAL? Hanya kerana enggan Berkorban?

3 comments:

Anonymous said...

TANDA TANDA AWAL CINA AKAN BERSATU...MEREKA CUMA ADA SATU PARTI IATU DAP SELEPAS INI...SEMAKIN KUAT !

Anonymous said...

Tahniah ! dan Terima Kasih Pengundi Pendang kerana menolak Mat Sabu...biarkan Mat Sabu Makan Babi banyak2 sampai sendawa dgn Lim Guan Eng....Anda pengundi yg Bijak lagi berakal !

Mr Paktam said...

tahniah aku ucapkan bt pmilik blog ni,kupasan yg senderhana,mudah difahami..walau cina angkuh tapi mereka terkasima jugak kerana wlau mreka letak sokongan hmpir 100% pda DAP tapi tk berjaya juga utk tmbangkan kerajaan melayu.. pada aku biar org kata kita rasis atau segala bagai, asalkan agama bangsa tak trgadai.. "pinggan tak retak nasi tak dingin,org tak hendak,kita pun tak hingin"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa