Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, May 18, 2013

ANWAR IBRAHIM BERANGKAT KE PERANCIS UNTUK KAHWIN BARU!!!



PARIS:  Perancis menjadi negara ke-14 untuk menghalalkan perkahwinan sama jantina apabila Presiden Francois Hollande meluluskannya dalam undang-undang negara itu selepas perdebatan politik berbulan-bulan mengenainya.

Hollande bertindak sehari selepas Majlis Perlembagaan menyingkirkan cabaran undang-undang oleh pembangkang sayap kanan, yang telah menjadi halangan terakhir untuk meluluskan rang undang-undang itu.

Undang-undang itu juga membenarkan pengambilan anak angkat oleh pasangan sama jantina.

Walaubagaimanapun, undang-ungang tersebut menerima tentangan hebat dari segelintir pembangkang yang bertekad untuk meneruskan pembantahan mereka.

"Perkahwinan untuk semua" merupakan manifesto kempen pilihan raya presidennya tahun lalu.

Semasa perdebatan untuk meluluskan undang-undang tersebut, beliau berkata ini adalah masa untuk menghormati undang-undang dan Republic.

Dan beliau memberi amaran bahawa beliau akan bertolak ansur dengan sebarang tentangan.

"Saya akan memastikan bahawa undang-undang ini dipakai di seluruh wilayah, sepenuhnya, dan saya tidak akan menerima apa-apa gangguan untuk perkahwinan seperti ini," katanya.

Menteri Keadilan Perancis Christiane Taubira berkata perkahwinan sama jenis yang pertama dijangka diadakan seawal bulan Jun.

Perkahwinan di Perancis mesti mengambil tempat di dalam dewan masyarakat dan kebanyakannya mengambil masa kira-kira empat minggu untuk memproses permohonan perkahwinan.

Isu perkahwinan sejenis telah menimbulkan perdebatan hebat dan beratus-ratus bantahan yang kadang-kadang menjadi ganas.

Kumpulan 'The International Day Against Homophobia' yang membantah undang-undang itu akan mengadakan himpunan bantahan pada 26 Mei di Paris.

Pada Jumaat, Ketua Parti UMP Jean-Francois Cope memberitahu televisyen TF1 "Ia adalah satu keputusan yang saya kesal, tetapi saya hormatinya".

Walaubagaimanapun, pada hari yang sama, antara 200 hingga 300 penunjuk perasaan berkumpul di Paris untuk membantah undang-undang itu.

Sent from my iPhone

2 comments:

Anonymous said...

Ini lah akibatnya bila hak individu melebihi hak masyarakat.Punah ranahlah satu masyarakat.

Anonymous said...

pembelasah cina doll ni ..bila lagi nak dimakan sumpah...???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa