Kerakusan Anwar mahu menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan setiap gerak langkah beliau penuh dengan tipu muslihat. Maka Datuk Seri Najib harus berhati-hati dalam membaca dan menafsir perilaku Anwar ini. Kita harus sentiasa berwaspada dan memikirkan sedalam-dalamnya muslihat Anwar.
Setiap langkah Anwar sebenarnya adalah untuk mengaburi agenda sebenar beliau. Sentiasa bertanyakan “WHAT’S NEXT” langkah Anwar seterusnya. Percaturan apa yang dirancang oleh Anwar dan “PARTNER IN CRIME” beliau.
Dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lepas Anwar membawa agenda “BERSIH” yang kononnya menuntut pilihanraya yang adil. Sedangkan pada masa yang sama Anwar telah merancang dengan teliti untuk menipu dalam pilihanraya umum ke 13.
Anwar yang pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri amat tahu selok belok Suruhanjaya Pilihanraya dalam mengendalikan proses pengundian. Maka beliau telah bertindak meletakkan “orang-orangnya” sebagai petugas sementara SPR.
Semasa proses pengundian berjalan maka petugas SPR yang merupakan agen pakatan haram telah bertindak berat sebelah dalam mengendalikan proses ini. Di kawasan yang majority adalah pengundi Cina maka petugas SPR yang merupakan agen DAP telah bertindak mempengaruhi pengundi.
Sewaktu pengiraan undi mereka juga memanipulasikan keadaan yang menyebelahi mereka ini. Petugas SPR agen pakatan haram cuba sedaya upaya merosakkan kertas undi yang memangkah Barisan Nasional.
Sandiwara yang cuba dimainkan oleh Karpal Singh pula amat ketara merupakan lakonan yang telah dirancang. KONONnya DAP tidak menyokong Anwar dalam menganjurkan “Himpunan Bersiri Kera Dalam Jagaan” Anwar ini sedangkan semua perhimpunan anjuran Anwar ini dihadiri oleh majoriti kaum Cina yang merupakan penyokong tegar DAP.
Orang buta pun boleh baca bahawa Anwar ini bertindak bagi pihak DAP dalam mengumpul dan menghasut bangsa Cina terus memberontak dan membenci kerajaan Barisan Nasional.
Baru-baru ini himpunan Oakland di Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh Anwar telah dihadiri oleh lebih 80% bangsa Cina. Ini jelas menunjukkan Anwar membawa agenda DAP untuk diketengahkan seterusnya merupakan usaha hasutan berterusan DAP yang didalangi oleh Israel dan Singapura.
Penulis telah diberitahu bahawa semasa lawatan Wan Azizah dan Anwar ke kawasan Melayu di Ampangan Seremban, beliau telah tidak diendahkan oleh orang Melayu di sana. Maka ini jelas bahawa orang Melayu telah sedar akan agenda jahat Anwar, DAP bersama pakatan haram.
Jelas ini disuarakan oleh mereka dalam PRU13 yang lepas apabila DUN Ampangan kembali semula ke tangan Barisan Nasional.
Sebelum PRU13 berlangsung Anwar telah berjanji bahawa beliau akan menjadi pensyarah sepenuh masa sekiranya Paktan Haram kalah. Namun manusia munafik ini sememangnya tidak pernah mampu tepati janji apabila beliau tetap menyatakan yang beliau akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum walaupun telah kalah dalam PRU13.
2 comments:
bila la si kitol ni nak mampozz???
menyusahkan betul....
Jika sabit kesalahan dan terbukti, jatuhkan hukuman seberat-beratnya sebagai pengajaran bagi yang lain.
Jika dia juga bersalah terhadap kes zinah China Dol, aiskrim dgn bini orang dan meliwat sesama jenis, jentik kepala takoknya seribu kali kerana melampui batas tidak mengenal jantan betina dan yang bukan haq.
Post a Comment