Dari awal lagi Dr Mahathir sudah kata usaha Anwar Ibrahim ini tidak akan mengukuhkan politik orang Melayu di negara ini melainkan hanya mengukuhkan lagi kedudukan politik kaum Cina yang diterajui oleh DAP saja.
Anwar Ibrahim kini berjaya memecahkan kekuatan Melayu kepada tiga kumpulan. Hari ini BN yang diterajui UMNO hilang 6 kerusi, PKR hilang 3 kerusi dan PAS hilang 2 kerusi Parlimen. Manakala DAP pula berjaya menambah kekuatan mereka dengan 9 lagi kerusi baru.
Ini bermakna usaha Anwar mahu jadi PM bukan saja gagal, malah dia sendiri hilang kedudukan sebagai Ketua Pembangkang kerana secara moralnya DAP berjaya merampas kerusi Ketua Pembangkang daripada dia memandangkan kerusi DAP juah lebih banyak daripada kerusi yang diperolehi oleh parti dia. Untuk rekod, sekarang ini Anwar menjadi Ketua Pembangkang ehsan DAP disebabkan bilangan ahli Parlimen PKR makin merosot disebabkan keluarnya pemimpin PKR secara besar-besaran.
Justru secara automatik DAP layak mengetuai pembangkang kerana jelas yang memperolehi majoriti dalam Pakatan Pembangkang sekarang adalah DAP, bukan PKR mahu pun PAS.
Pakatan pembangkang bukannya seperti gambungan politik seperti BN dimana BN bertanding di atas satu tiket saja. Sebaliknya pakatan pembangkang cuma kerjasama antara parti-parti politik pembangkang dimana masing-masing bertanding atas kapasiti dan logo mereka sendiri.
Justru DAP secara mutlak telah berjaya merampas jawatan Ketua Pembangkang daripada Anwar Ibrahim sedangkan Anwar sendiri gagal jadi PM kerana jelas DAP lebih kuat daripada parti dia untuk mengambi alih jawatan ketua pembangkang daripada dia.
Cuba kita bayangkan jika berlaku sebaliknya, di mana PR berjaya merampas pemerintahan negara. Siapakah yang akan berkuasa dalam pemerintahan Kerajaan Persekutuan? PKR kah? PAS kah? atau DAP?
Sebab itu DAP sokong dia jadi PM kerana DAP dah tahu selepas PRU ni Anwar sendiri dan PKR akan hilang kuasanya.
Agak menyedihkan kerana Cina MCA turut bersekongkol dengan seluruh Cina se-Tanah Melayu ingin menjatuhkan Kerajaan yang didominasi oleh Melayu UMNO.
Semoga Najib akan terbuka hati untuk tidak lagi buta perut untuk mengikut sahaja apa kehendak Cina kerana PRU kali ini jelas, sekali lagi Cina memperbodohkan Najib. Malah lebih jauh dari itu, mereka secara senyap-senyap telah merancang menjatuhkan UMNO.
Tidak akan ada wakil MCA dalam Kabinet - Soi Lek
KUALA LUMPUR 6 Mei - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menegaskan parti itu akan mengotakan janji untuk tidak mengisi sebarang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan berikutan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Dalam tweet terbaru beliau di laman Tweeter, beliau berkata:
"MCA akan menghormati keputusan pengundi bahawa jika kami gagal memperbaiki prestasi berbanding PRU lalu, kami tidak akan mengisi sebarang jawatan dalam kerajaan."
MCA hanya menang di lima kerusi Parlimen - Tanjung Malim, Labis, Ayer Hitam di Johor, Bentong dan Tanjung Piai - berbanding 15 kerusi pada 2008.
Kita ingin melihat adakah Najib akan masih bermuka-muka dengan Cina dan membiarkan mereka sepanjang masa memperbodohkan Kerajaan Najib.
Jika Najib masih ingin menunjuk baik dengan memberi kerusi Kabinet kepada MCA, maka tunggulah penghinaan orang Melayu pula terhadap Najib dan UMNO.
Ingin, Melayu juga ada akal dan fikiran dan kami juga mampu bersatu. Cuma sekarang berpecah kerana Nik Aziz dan Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan sesama Islam.
Melayu Mesti Bersatu, Penyelesaian Kepada Agenda Sulit Kaum Cina
Selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 dahulu, senario politik negara berubah kerana pelbagai pertikaian dilakukan oleh pihak tertentu ke atas orang Melayu, termasuk dari segi bahasa, hak keistimewaan dan status bangsa Melayu di negara ini.
Di Pulau Pinang umpamanya, mereka berusaha meletakkan papan tanda pelbagai bahasa di negeri berkenaan konon untuk memudahkan pelancong, terutama dari luar negara.
Di sekitar kawasan tapak Warisan Dunia di Georgetown juga dicadangkan supaya papan tanda pelbagai bahasa dinaikkan. Berbeza pula dengan tapak warisan itu di Melaka yang tidak cuba dipelbagaikan bahasanya sedangkan di situ juga bukan hanya pelancong tempatan yang akan datang dan mengerumuninya.
Tindakan dan kenyataan berbau politik terus melanda negara, termasuk isu menyentuh Dasar Ekonomi Baru (DEB), pendidikan dan sebagainya. Semua ini mencabar kedudukan Melayu dan jika tidak ditangani dengan bijak, kekuatan Melayu akan hilang dan identiti Melayu akan terhakis sedikit demi sedikit di tanah air sendiri.
Titah ucapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak lama dulu yang meminta orang Melayu memperkukuh kedudukan adalah sebagai satu peringatan kepada bangsa Melayu agar memperkuat semula kedudukan selepas dirasakan berada dalam keadaan tidak menentu, dicabar dan diperlekehkan dalam pelbagai aspek.
Baginda juga menegaskan bahawa sebarang pindaan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja dan bidang kuasa Raja Pemerintah merangkumi bidang agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti mendapat perkenan Raja-Raja terlebih dulu.
Kemelut politik melanda negara pada masa ini dikaitkan dengan wujudnya tidak sefahaman di kalangan orang Melayu dalam menentukan kedudukan mereka dalam politik. Perebutan kuasa, amalan politik wang dan tiadanya kerjasama di kalangan orang Melayu dalam menjaga maruah bangsa, terutama rakyat akan menjejaskan kestabilan negara kerana wujudnya rasa tidak puas hati di kalangan rakyat atas sesuatu tindakan dan pelaksanaan.
Maka, pemimpin dan orang Melayu sendiri tidak kira atas apa fahaman politik sekalipun mesti duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian supaya kestabilan politik serta ekonomi dapat dibentuk dan dapat dinikmati bersama. Di samping itu, Umno mestilah memainkan peranan dalam memperkasa semula bangsa dan kedudukan Melayu agar tidak mudah dicabar dan diperlekeh. Jentera parti sepatutnya menumpukan ke arah usaha menaikkan semula imej parti, mencari dan menilai kelemahan kemudian memperbaikinya supaya keyakinan rakyat terhadap parti menjadi semakin kuat.
Di pihak rakyat pula, Melayu mestilah bersatu dan memikirkan kaedah terbaik untuk menjayakan semua kempen dan program kerajaan supaya negara dapat terus dibangunkan dan yang pentingnya keluhuran agama dapat dipelihara. Orang tua-tua ada mengatakan, ‘lidi sebatang mudah dipatahkan, jika banyak, hendak dilentur pun susah.’
Percakaran dan perbalahan dalam politik yang membawa kepada ketaksuban sehingga di kalangan orang Melayu sendiri memulau bangsa sendiri dan mementingkan pula bangsa lain akan memburukkan keadaan. Kesimpulannya, jika orang kita masih lena dengan ‘serangan’ halus pihak yang mahu memecahbelahkan kita, maka makin bertambahlah di kalangan orang kita yang terpaksa turun longkang, mengaut sampah untuk menyambung hidup di tanah air sendiri.
3 comments:
adakah suara blogger-blogger terutama pro pemerintah sampai ke pucuk pimpinan..?
PM mesti buat sesuatu ..kalau tidak takut melayu berpecah lagi dan yang untung ialah pihak Kiasu ni.. MCA janji tidak akan menyertai kabinet.. Apalagi lantik Menteri dari kalangan Melayu dan Bumiputera SAbah/Sarawak kalau PAS nak serta alu alukan.Kalau pihak Kiasu nak main perkauman kita pun lagi boleh.
Umnomdan BN anggap Blogger dan FB pro Bn ini sampah..ISA , EO d hapuskan ..ingat dapat sokong malahan meka yg di bebaskan sokong pakatan.. dakwat kekal dan se isu dgn nya..akan timbul madalah yg di utarakan oleh blogger..di pandang Sepi oleh BN dan Najib. Ada ramai musuh dlam putrajaya ..najib buat pekak badak, buta perut. MB Johor yg kenyangkan ina akhirnya di sembelih hidup hidup. Meka kawan sebab ada kepentingan.. NKRA polis tu elok beri ke Negei BN Perintah..jgn lupa takan Kita di Sabah dan Sarawak. Polis d sini pejabat, balai, tumah semua bermadalah..jgn melawat tempat yg d tentukan oleh Boss meka..Perumahan Kaki tangan kerajaan d Abah dan Sarawak..amat daif mana tiadk meka marah dgn BN
Post a Comment