MELAKA 6 Mei - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan sentimen perkauman masyarakat Cina yang begitu tebal di Parlimen Bukit Katil menjadi antara punca utama beliau tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin.
Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap masyarakat Cina di kawasan berkenaan yang langsung tidak mengenang jasa dan budi yang telah dicurahkannya sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Menteri selama 13 tahun.
"Saya tidak percaya orang Cina di Parlimen Bukit Katil boleh menolak saya dan kerana undi merekalah saya tewas dalam pilihan raya kali ini.
"Apa jasa Shamsul Iskandar terhadap orang Cina, kalau hendak dibandingkan dengan apa yang telah saya berikan selama ini.
"Mereka (orang Cina) apabila saya dah tolong dalam bidang perniagaan hingga mereka berjaya dan menjadi kaya, mereka ini lupa jasa yang telah saya buat,'' katanya.
Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian dalam sidang akhbar di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini malam ini.
Kira-kira 1,000 penyokong beliau berada di rumahnya bagi memberi sokongan moral kepadanya.
Keputusan PRU-13 yang diumumkan malam ini menyaksikan Mohd. Ali yang bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil tewas kepada calon PKR itu dengan majoriti 5,447 undi.
Di sebalik kekalahnya, kata Mohd. Ali, beliau bangga BN dapat membentuk kerajaan di Melaka apabila mencapai kemenangan dua pertiga dengan memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN. - UTUSAN ONLINE
6 comments:
Syabas kepada melayu PAS dan PKR disebabkan tamakkan kuasa dan rasa dengki sesama sebangsa dan seagama membiarkan diri dipergunakan oleh kaum cina DAP..Ini bukan racis tetapi fikirkan lah masa depan anda semua sekiranya cina berkuasa sebab kaum cina solid memberikan undi mereka kepada DAP dan dengan bantuan melayu PAS dan PKR..BN yang cuma mengharapkan undian daripada kaum melayu ditewaskan oleh DAP.
Begitulah nasib bangsa Melayu yang kian melemah. Apapun, aku harap, kerajaan dibawah pimpinan Njib kali ini, bermainlah 'Games' ala DAP kalo itu yg masyarakat Cina mahukan. Kalo di Peneng mereka blh lakukan, kenapa kita tak blh lakukan juga?
Yg pasti, hari ini sudah menunjukkan kawasan Hitam dimana, tiada lagi peruntukan yg perlu disalurkan kpd mereka. Bnykkan kpd Sabah dan Serawak serta kwsan majoroti BN.. Kerajan terlalu terhegeh hegeh memberi kpd mereka walau mereka tidak mermerlukan. Ayoh, tiada lagi simpati pd kaum dan kumpulan Anti Kerajaan..
Simple.. Orang cina tak mengenang budi.
kaum cina bukan macam kaum melayu yang ingat jasa orang...cina cuma ingat wang dan kuasa.....tikam belakang jika ada ruang..Cina bukit katil adalah laknatullah......
Pertanyaanku kepada pemimpin melayu, kalaulah cina menguasai politik malaysia mahukan mereka memberi ruang sebesar hama kepada kaum melayu, rasanya jawapan telah diberikan oleh PAP disingapura, orang melayu diberi ruang dalam bolasepak saja, sebab orang cina suka main badminton.
Ali,
Lu baru tau kita orang Cina...Lu kasi apa pun kita angkat tapi lu mau dapat kita punya undi, pergi makan roti dulu aaaa...
Post a Comment