Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, May 07, 2013

AKHIRNYA NIK AZIZ SEDAR!!!


Nik Abdul Aziz lepas jawatan MB atas faktor kesihatan

KOTA BAHARU:  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan PAS Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am PAS membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.

"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan PAS Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di hadapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota DUN mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota DUN Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, PAS menguasai 32 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Ahmad, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan, menang kerusi DUN Pasir Pekan dengan mengalahkan calon BN Nik Noriza Nik Salleh dengan majoriti 5,644 undi.


Sent from my iPhone

5 comments:

Godisuno said...

Elok sangat lah tu. Tunaikan janji pada rakyat Malaysia yang Nik Aziz nak bersara bila Tun M bersara. Lama dah Tun M bersara weih!!!

Anonymous said...

tapi ko sndiri kena sedar

Anonymous said...

Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob berkata "Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am PAS membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur".
Tetapi boleh ke kalau dah sering uzur macam nak mampus jadi Mursyidul Am PAS@YB@ADUN lagi?

Anonymous said...

Setelah Melayu berpecah belah..setelah berjaya menangkan DAP,..baru nak letak jawatan....semua nya merugi kan Umat Melayu Islam.

Anonymous said...

Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob berkata "Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am PAS membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur".
Tetapi boleh ke kalau dah sering uzur macam nak mampus jadi Mursyidul Am PAS@YB@ADUN lagi?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa