Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, May 06, 2013

KETUA MENTERI MELAKA BARU ANGKAT SUMPAH ESOK




MELAKA:  Ketua Menteri Melaka yang baharu menggantikan Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijangka akan mengangkat sumpah jawatan di pejabat Yang Dipertua Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, pagi esok.

Seorang jurucakap Jabatan Ketua Menteri di sini berkata majlis angkat sumpah pelantikan Ketua Menteri Melaka yang ke-10 itu akan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Antara calon yang disebut akan mengisi jawatan tersebut ialah Datuk Idris Haron, 46, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan angota DUN Asahan, Datuk Abdul Ghafaar Atan.

Barisan Nasional (BN) kembali membentuk kerajaan negeri di Melaka dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semalam.

Pada PRU 2004 dan 2008, Idris, yang jug Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, bertanding kerusi Parlimen Tangga Batu dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi selepas PRU 2008.

Pada PRU13, Idris mengalahkan calon PKR Asri Buang dengan majoriti 9,131 undi manakala Abdul Ghafaar, 56, menewaskan calon PAS Wong Chee Chew dengan majoriti 3,857 undi.


Sent from my iPhone

1 comment:

Anonymous said...

jangan singgah kedai Cina.., selagi ada kedai Melayu walau berbatu jauh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa