Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, April 10, 2013

AZMIN ALI KEHILANGAN KASIH SAYANG DARI ANWAR IBRAHIM




PKR Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya dengan diketuai Timbalan Ketua Cabang, Abu Bakar Ninggal dan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu.

Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian Umno kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR telah jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral yang kronik.

"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya Umno sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa