Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, April 10, 2013

PERHATIKAN BAGAIMANA YAHUDI BERKERJA DENGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN HALAL!!!







Saya beri pandangan terbuka utk En. Nasir. Sebenarnya langkah terbaik ialah tidak mempromosi McD secara terbuka apatah lagi mengaitkan penghayatan Islam anda dan keberkatan bekerja di McD.

Yang menjadi sasaran boikot ialah McD, bukan pekerja-pekerjanya. Kenapa En. Nasir beria-ia bahkan merelakan utk dipergunakan untuk mempromosi McD sehingga sebegitu rupa. Bagaimana Islamik sekalipun penampilan pekerja atau bagaimana 'Islam-friendly' sekalipun McD (meraikan pekerja muslim dan menyediakan tempat solat), itu tetap tidak mengubah hakikat McD Corp menyokong ekonomi Israel.

Bekerja di McD satu perkara, dan memboikot McD satu perkara yg lain.

Kedua-duanya menuntut kepada pendirian yang berbeza. Seruan boikot ini ditujukan kepada pengguna. Bagi yang bekerja langkah yang wajar ialah berikhtiar utk mencari pekerjaan lain kerana seperti yg En. Nasir kata 'rezeki ada di mana-mana' dan 'halal bukan pada makanan sahaja'.

Tetapi kalau En. Nasir sudah bekerja di McD selama 22 tahun sehingga sukar untuk meninggalkan McD teruskanlah bekerja disitu ; pilihan di tangan kita. Tetapi paling minima yang En. Nasir boleh buat untuk Palestin ialah tidak membiarkan diri anda diperguna atau anda sendiri mempromosi McD apatah lagi dengan mengaitkan pula dgn Islam.

Semoga teguran ini diambil dengan semangat persaudaraan Islam dalam kerangka 'tawasi bil haq; tawasi bil sabr.' (berpesan dgn kebenaran; berpesan dgn kesabaran). Semoga perkenalan kita berpanjangan dan kita terus berada di atas jalan kebenaran.

Dr. Hafidzi Mohd Noor,
Pengerusi,
Aqsa Syarif.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa