Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, March 16, 2013

PANAS:HARAKAH YANG SEBAR GAMBAR ANWAR IBRAHIM BERCUMBU DENGAN LELAKI???

AIDCNews – 16/03/13 – RBF Online melahirkan rasa hairan dengan sikap pengurusan harakahdaily.net yang memadamkan artikel 'Gambar Anwar bercumbu dengan lelaki mula beredar' sedangkan organ parti Pas itu merupakan portal berita online pembangkang yang pertama menyiarkannya.
"Tadi bukan main gedebe hentam Umno disebalik penyiaran gambar tersebut….tup….tup….mereka yang lesapkan dulu berita itu,"kata RBF dalam artikel bertajuk "Gempar ! Harakah Dah Buang Berita Anwar Bercumbu Dengan Lelaki"
Walaupun blog raja goyang 360 menamakan pelaku dalam foto-fotonya itu sebagai Raja Goyang, namun harakahdaily.net dalam artikelnya pula seakan-akan mengesahkan individu itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penyiaran artikel awal pagi tadi oleh harakahdaily.net, walaupun seperti nampak seperti membela Anwar, namun menurut RBF, ia diibaratkan sebagai 'sokong membawa rebah'.
"Sehingga ke saat ini belum ada lagi mana-mana media pro pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysia insider atau Free Malaysia Today yang menyiarkan berita berkenaan. Tiba-tiba media rasmi Pas, harakah daily menjadi media pro pembangkang yang pertama menyiarkan berita berkenaan pagi ini.
"Maknanya apa ?
"Maknanya mereka memang nak bunuh karier politik Anwar….mereka nak supaya orang-orang mereka supaya terus menolak Anwar daripada diangkat sebagai PM, dan dalam masa yang sama nak beritahu orang-orang PKR bahawa ketua kamu tak layak jadi PM.
"Anwar sendiri pun belum ulas apa-apa lagi tetapi media Pas cepat-cepat dah sebar berita berkenaan….
"Walaupun tulisan mereka menghentam Umno , tetapi biasalah kita boleh faham apa maksud mereka. Ibarat kata pepatah, pukul anak sindir menantu….,"katanya.

Sent from my iPhone

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa