Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, March 16, 2013

PANAS MALAM MINGGU:PAS UMUM HADI AWANG SEBAGAI PERDANA MENTERI!!!??



KUALA TERENGGANU 16 Mac - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan bertanding 76 daripada 222 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, langkah itu bagi memperlihatkan Pas sebagai tulang belakang kepada pakatan pembangkang apabila dua lagi parti bertanding dengan jumlah kerusi lebih kecil.

Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kemampuan parti berkenaan yang merupakan parti teras orang Melayu Islam untuk menggantikan UMNO.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas PRU-13 di perkarangan Pasar Cabang Tiga dekat sini kelmarin.

Pada PRU-12, Pas bertanding 66 kerusi Parlimen dan memenangi 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR yang masing-masing bertanding 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang 28 kerusi dan PKR 31 kerusi.

"Kita (Pas) akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen dan mungkin ada lagi kerusi lain jika rakan-rakan kita (PKR dan DAP) beri lagi kerusi kepada kita untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata, DAP berkemungkinan akan bertanding hanya 50 hingga 60 kerusi dan sekali pun menang semua kerusi masih tidak boleh memerintah negara.

Malah Abdul Hadi turut mendakwa, penyokong bukan Melayu boleh menyokong parti itu seperti mana yang berlaku pada pilihan raya umum lalu di mana bukan Melayu sokong Pas dan PKR.

"Kita yakin keadaan itu boleh berlaku lagi dan pengundi bukan Melayu boleh sokong kita pada PRU ini," jelasnya. - UTUSAN

3 comments:

Anonymous said...

hadi ni bodoh la...kalau tanding 76 kerusi pun tapi nanti hanya menang 25 kerusi aje, nak buat apa?

DAP tanding 60 kerusi aje, tapi boleh menang 35 kerusi pun dah lebih dari PAS..

kenapa tak buat Pakatan seperti barisan nasional...???

Anak Lenggong said...

Kita tunggu apa reaksi nya pabila si benggali karpal singh bersuara..nanti terangguk angguk la sihadi gendut minta maaf kat oku singh tu.."maaf tuan benggali"...ambo nak sedapkan ati penyokong ambo jee..

pemerhati said...

aku pelik dgn makhluk2 yg nakkkkk sgt jd PM. dia ingat senang ke?? jaga family sendiri pun x tentu hala..ni jadi PM..satu M'sia..sekolah ntah tahap mana..tgk dia urus t'ganu dulu mcamana..ni nak urus m'sia..aku percaya jd cam negara arab yg susah nak maju tu w/pun hasil bumi berlimpah ruah..weih..ni jadi pm bukan dato' nikah kawin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa