Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, February 10, 2013

VIDEO PANAS: ADA ORANG NAK LAGAKAN PM DENGAN KAUM CINA???!!!



Saya amat tertarik dengan tulisan di laman portal pro-pembangkang, Suara Pakatan Rakyat, yang bertajuk “Iklan Tahun Baru Cina Najib Lambang Kebodohan Melayu”, yang mengutuk kemunculan istimewa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didalam iklan Tahun Baru Cina.

Saya juga percaya bahawa rata-rata para pelayar internet  juga sudah menonton iklan yang dimaksudkan itu di laman Youtube.

Menurut laman portal pembodek Anwar itu, kemunculan Najib melambangkan rasa terdesak beliau yang mahu menarik sokongan para pengundi Cina di negara ini.

Portal itu juga mendakwa kononnya Najib meletakkan dirinya di tahap yang paling hina sebagai pemukul gendang tarian naga serta mendakwa bahawa posisi itu hanya diisi oleh kaum Cina dari “kasta bawahan” yang lembab, malas dan bodoh.

Kata penulis “berpelajaran” itu, individu yang paling penting di dalam pasukan tarian naga adalah pemegang kepala naga atau singa dan bukan pemain gendang. Kononnya pemain gendang memukul gendang mengikut gerak langkah tari pemegang kepala naga!

Paling “hebat”, portal itu akhirnya menyimpulkan bahawa pembikinan iklan itu membuktikan bahawa bangsa Melayu memang bodoh dan hanya layak berada di kedudukan bangsa paling hina di Malaysia.

Saya sebenarnya ketawa terbahak-bahak apabila portal itu memperlihatkan kebodohan penulis dan sidang editornya. Bukan saja fakta yang salah, malah ia benar-benar menghina kaum Cina yang bakal merayakan Tahun Baru Cina esok.

Mungkin penulis portal itu tidak tahu tentang irama dan lagu, “buta” dan “pekak” untuk menghayati rentak tari penari yang menari mengikut irama yang dialunkan. Tanpa irama dimainkan, rentak tari apa yang mahu ditarikan seorang penari?

Misalnya, seorang pesilat menari mengikut irama tiupan serunai. Kalau rancak tiupannya, sudah tentu begitu lincah gerak dan langkah pahlawan itu menari. Dalam ertikata lain, dari irama maka terciptalah rentak gaya tari.

Kalau dimainkan irama asli Melayu, maka sudah tentulah penarinya akan menari mengikut rentak tari Melayu asli. Takkanlah nak menari ala-ala “Gangnam Style” pula, kan? Tak lari dari tempo sebenar ke?


Menariknya, portal itu tanpa segan-segan memberikan “link wikipedia” yang kononnya membuktikan dakwaannya mengenai tarian yang mengawal rentak gendang yang dipalu. Padahal, tiada satu ayat pun yang menyokong atau membuktikan kebenaran dakwaan di “link” tersebut!

Penulis itu mahu memperbodohkan siapa apabila menyarankan Najib untuk berperanan memegang kepala naga di dalam tarian itu?

Dengan bertindak sebagai pemegang kepala naga, maka Najib akan menari mengikut kemahuan rentak gendang yang dipalu, begitu? Maka senanglah portal itu memburuk-burukkan Perdana Menteri, kononnya beliau mengikut saja apa yang diarahkan “irama” tersebut?

Pada saya, inilah kali pertama perayaan dan sambutan Tahun Baru Cina menjadi mangsa permainan politik jijik Pakatan Haram. Sebelum ini, Tahun Baru Cina disambut meriah tanpa dilibatkan dengan permainan politik dari mana-mana pihak.

Sebelum ini juga kita menyaksikan bagaimana para pemimpin politik di negara ini saling kunjung mengunjung antara satu sama lain tanpa menghiraukan perbezaan fahaman politik. Keharmonian kaum terserlah pada setiap perayaan yang disambut di negara ini, bukan?

Namun mungkin kali ini Tahun Baru Cina disambut begitu hampir dengan PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pembangkang memainkan sentimen politik jijik untuk memburuk-burukkan keharmonian kaum di Malaysia, sekaligus langsung tidak menghormati perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Jelaslah politik mereka adalah politik budak-budak hingusan yang tidak matang sama sekali.

Sebenarnya, tidak salah langsung Najib mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baru Cina” kepada seluruh masyarakat Tiong Hua melalui cara yang kreatif ini. Tidak berdosa dan tidak pun meletakkan beliau ditahap yang hina.

Sebaliknya, ia adalah satu penghargaan kepada kaum Cina di negara ini dari Najib yang begitu ikhlas membayangkan rasa hormatnya kepada mereka kerana sama-sama berkongsi kemakmuran dan kemajuan yang dikecapi bersama di negara ini.

Mungkin Pakatan Haram saja yang cemburu terhadap Najib dan sebab itulah mereka mengutuk iklan itu. Bukan apa, laporan menunjukkan bahawa sokongan dari kaum Cina terhadap BN semakin hari semakin kuat berbanding Anwar yang semakin dibenci masyarakat Tiong Hua itu.

Bukan apa. Takkanlah rakyat nak sokong pemimpin yang ada masalah moral, terlibat dengan skandal liwat, jual kalimah “Allah” dan “chauvinis ultra kiasu” untuk mentadbir negara? Diperingkat negeri pun mereka gagal, ada hati lagi nak ke Putrajaya?

Elok nyalakan saja mercun papan dalam seluar mereka, baru mereka tahu. Nak jadi “batu api” kononnya. Hina sungguh niat Pakatan Haram. Itu pun mereka masih tak malu mahu rakyat menyokong mereka? Jangan haraplah…

1 comment:

Anonymous said...

semua yg buat kerja naga tu bodoh...

yg tengok lagi bodoh..tak ada faedah..

yg ulas to lagi bodoh hanya tau mengulas..

bangang betul manusia jadi Naga berkasta bawah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa