Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, January 25, 2013

SAKSI UTAMA KES LIWAT ANWAR KINI TENAT ALAMAI PENDARAHAN OTAK



Taib Azamuddin copy

Gambar di atas memaparkan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin, yang terpaksa dikejarkan ke Hospital Pantai di Bayan Baru, Pulau Pinang. Beliau dilaporkan mengalami pendarahan dalam kepala dan sedang kritikal keadaannya.

Maklumat yang kami perolehi bahawa rawatan susulan sedang diusahakan bagi menyelamatkan nyawa beliau.

Sesungguhnya rakyat negara ini akan rugi besar sekiranya kehilangan bekas Imam Besar Masjid Negara ini memandangkan beliau adalah saksi penting melibatkan isu moral Ketua Umum PKR yang "geli" nak jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru itu, kami menyeru kepada seluruh umat Islam di seluruh negara supaya mendoakan kesihatan beliau pulih kembali bagi mendedahkan kebenaran yang beliau pendam selama ini. Amin..!

3 comments:

Anonymous said...

Doa moga dia diberi penyembuhan yg cepat dan dibuka hatinya untuk berkata yg benar...demi Allah dan RasulNya... Insya Allaah.

Anonymous said...

Amiin..

Anonymous said...

Semuga Allah SWT menyembuhkan Ustaz Taib Azamuddin daripada sakitnya...amiin amiin ya rabbal alamin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa