Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Saturday, January 26, 2013

DAP AKAN TUKAR NAMA UNTUK HADAPI PRU-13



SEREMBAN 25 Jan. - Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP baru-baru ini jelas menunjukkan satu penipuan terhadap sistem demokrasi dan wujud amalan 'ala kuku besi atau autokratik' dalam parti berkenaan.

Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis ketika membuat dakwaan itu berkata, jika benar parti tersebut menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.

"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP diubah kepada 'Autocratic Action Party (AAP)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Richard ditemui selepas membuat laporan di pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) negeri pada pukul 10.30 pagi ini bersama Naib Pengerusinya, Jesu Dason berhubung pemilihan CEC parti itu.

Kata Richard, DAP harus menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti tersebut.

"DAP asyik menyebut perihal bersih di luar parti, sedangkan rumah sendiri kotor. Bersihkan rumah kita dahulu, baru negara.

"Jika kepimpinan tinggi DAP masih enggan mengadakan pemilihan semula CEC, usahlah bercakap soal demokrasi dalam DAP, ubahlah nama DAP kepada AAP. Jika benar parti ini mengamalkan demokrasi, buatlah pemilihan semula," tegasnya yang telah lapan tahun menyertai parti berkenaan.

Richard menegaskan, dia bersedia menerima tindakan disiplin daripada parti termasuk kemungkinan disingkir berikutan laporannya.

"Kami memang golongan minoriti dalam DAP, tiada duit dan kuasa tetapi kami ada suara. Saya bercakap dari sudut hati ahli. Sebelum membuat laporan kepada ROS, saya telah berbincang dengan ahli dan mereka bersetuju dengan tindakan ini," katanya.--UM

1 comment:

Anonymous said...

MAMPL: Manyak "Action" Minya Parti Lo..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa