Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, January 15, 2013

MEMANG SAH MAT SABU JUARA PUTAR ALAM MUNAFIK

KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS)," katanya selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Bharu di sini, malam tadi.


Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS Ahad lalu, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am PAS dan juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. - BERNAMA

Sent from my iPhone

1 comment:

Anonymous said...

Hidup didunia makan/Hidup Mewah dengan cara munafik,langsaung x Soal dosa pahala.Jual le agama ni wAHAI PEMIMPIN pas kalau itu je cara nak senang cari makan!dapat jawatan dan sanjungan,
Selama ni x nampak pun faedah kamu semua untuk agama/bangsa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa