Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, January 15, 2013

PAS DAN PKR BERTUMBUK!!

Sehari dua ini, selain memainkan propaganda angka dan nombor, media pro pakatan pembangkang juga berusaha mencipta persepsi kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu lepas berlangsung aman kerana tiada provokasi dari pihak berkuasa.

Persoalannya betulkah HKR #KL112 aman tenteram tanpa sebarang insiden memalukan? Ada, bukan tak ada.

Selain wujudnya perlanggaran syarat perhimpunan di mana kanak-kanak di bawa sama berjalan kaki berarak di tengah panas terik, penyertaan golongan LGBT dan insiden solat 4 kiblat, ada satu lagi insiden memalukan penganjur apabila pengiring Anwar yang berkemungkinan dari AMK PKR telah ditumbuk oleh penyokong PAS.

Insiden bermula bila mana ketibaan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat hampir serentak dengan ketibaan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim. Nik Aziz masuk ke ruang legar utama Stadium Merdeka dari pintu kiri manakala Anwar masuk melalui pintu utama ruang legar dan mereka bertembung di tengah-tengah laluan utama menuju ke pintu yang menghubungkan pentas.

Dek kerana pengiring dan bodyguard masing-masing mahu ketua mereka yang masuk dahulu, geng Nik Aziz menghalang Anwar dan geng pengiring Anwar dari AMK pula menghalang Nik Aziz.

Maka berlakulah perkelahian dan tolak menolak yang akhirnya seorang pengiring Anwar bertopi biru ditolak oleh ke belakang oleh penyokong PAS dan cuba diusir keluar sambil dimaki hamun oleh orang ramai yang kebanyakannya adalah penyokong dan ahli PAS yang dikerah mendominasi HKR #KL112.

Barangkali tak berpuas hati melihat MB Kelantan pujaan mereka dihalang masuk oleh pengiring Anwar, salah seorang penyokong PAS bertindak menarik leher baju pengiring Anwar itu dan terus melayangkan penumbuk padu tepat ke kepalanya.

Inilah sebabnya kenapa sekeping foto yang dirakamkan oleh jurugambar bebas, Bro Minaq Jinggo menjadi perbualan umum apabila ia menunjukkan lirikan dan jelingan tajam Anwar yang seperti tidak berpuas hati dengan Nik Aziz. Ada sebabnya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1ffTUN2Swdw1ibyMniehQsAtmLTlDcVojquye0MFSU8SWoVMyqrO2J6H9q_1lko2N4Em-ggsLX2tziJK9aESbsN-sI-rANdhSFagDJ_pMQqGdsp44Gqt0spyHGWGcscz7w8e3oQfKCMs/s1600/MJ1_1610.jpg

Sepanjang sehari penulis merayau-rayau di alam cyber, sekurang-kurangnya tiga atau empat blog sudah memainkan kisah ini namun disebabkan tiada video ramai penyokong PAS menganggapnya sebagai fitnah.

Sekarang video sudah diupload di Youtube, entah apa lagi para pencacai dan media pro PR mahu spin? Masih lagikah mereka mahu menganggap insiden memalukan ini sebagai fitnah atau terus cuba memainkan persepsi himpunan ini aman kerana tiada provokasi dari Polis?

Sebetulnya dalam mana-mana perhimpunan atau demonstrasi, polis tak pernah pun melakukan provokasi sebaliknya acapkali keganasan dan huru hara berlaku bila mana pimpinan pembangkang terlebih-lebih menghasut penyokongnya sehinggakan orang bawahan naik stim bagaikan dirasuk hantu.

Bila dah dirasuk hantu setan, faham-faham sajalah, habis dilanggarnya peraturan sesuka hati kerana yakin kekuatan jalanan boleh mengatasi hak ketenteraman orang lain. Jadilah huru hara dan keganasan tunggang terbalik sebagaimana yang berlaku dalam Bersih 2.0, Bersih 3.0, Ambang Malam Merdeka dan beberapa demonstrasi sebelumnya.

Apapun, insiden penumbuk sulung singgah di kepala pengiring khas Anwar di HKR #KL112 ini tentunya satu penghinaan yang teramat sangat terhadap Ketua Umum PKR itu. Memalukan.

Paling penting insiden ini juga membuktikan agak sukar mengawal tingkah laku penyokong PR yang sudah lama diasuh bersikap keras, ganas dan tiada timbang rasa. Polis dah bagi permit dan lokasi berhimpun pun boleh berlaku juga kejadian sebegini, kalau diberi berhimpun atas jalanraya atau Dataran Merdeka, lagi haru. Tak terkawal jadinya--mykmu

Sent from my iPhone

1 comment:

Anonymous said...

takpalah. itukan anwar yg ajar... rakyat mesti bangkit. menentang kezaliman kenalah berani. test dulu hayun penumbuk kat escort. lps ni hayun penumbuk kat ketua dia plak...hahaha aku suka, aku suka. dulu dia ajar, skrg biar dia rasa hahahaha bila first time aku tgok video tu aku senyum. skg lg kelakar hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa