Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, January 16, 2013

KJ KENA SAMAN SEKALI LAGI SEBAB TWEET MACAM NI!!!


KIKIKIKI...
ADA MACAI ANWAR TU KATA...
ORANG SALAH SELALU KALAH...
JADI SIAPA TARIK BALIK SAMAN TU...
MESTI ADA RASA BERSALAH KAN...
JADI SEBELUM KALAH...
BAIK TARIK BALIK...
STEADY KJ...

JPX

AIDCNews – 16/01/13 – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik saman malu RM100juta yang difailkan terhadap Khairy Jamaluddin pada September 2007.

Khairy ketika dihubungi Sinar Harian berkata keputusan menarik balik saman itu dibuat oleh pihak Anwar sendiri.

“Ya, beliau tarik balik samannya tanpa kos atau minta saya mohon maaf. Saya cuma perlu kata, saya tidak cakap apa yang dilaporkan dalam akhbar dari ucapan saya.

“Beliau yang saman, beliau minta diselesaikan. Mungkin sebab tidak mahu perbicaraan penuh sebab ada implikasi terhadap beliau,” katanya.

Agendadaily turut melaporkan sepatutnya kes saman itu mula dibicarakan hari ini dengan Khairy membariskan dua saksi bagi pihaknya iaitu Datuk Ibrahim Ali dan Senator Ezam Mohamad Nor, namun dibatalkan kerana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa Anwar ingin menarik balik saman malu tersebut tanpa kos.

Ketika dalam mahkamah pagi tadi, peguam Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata reputasi Anwar tidak terjejas ekoran kenyataan Khairy dalam satu ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak enam tahun lepas, sebaliknya reputasi Ketua Pembangkang itu sudah pun terjejas ekoran pertuduhan salah guna kuasa dan liwat yang dihadapinya di mahkamah sebelum ini.

Pada 7 September 2007 Anwar menyaman RM100 juta terhadap Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, kerana mendakwa memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Anwar mendakwa kenyataan Khairy itu disiarkan oleh media cetak dan elektronik pada 3 Ogos 2007 yang menggambarkannya seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh masyarakat Melayu, seorang yang tidak mengutamakan perjuangan hak Melayu serta berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini.

Anwar juga berkata, Khairy membuat satu kenyataan untuk menyindir dirinya dengan menggambarkan dirinya sebagai seorang ejen politik Amerika Syarikat dan Yahudi.

Pada tahun lepas Anwar juga turut menarik balik saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan polis mengenai dirinya diliwat oleh Ketua Umum PKR itu.

“Pada 30hb Jun 2008, iaitu 2 hari setelah saya membuat laporan polis bahawa diri saya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim , beliau telah memfailkan saman fitnah ke atas saya atas dakwaan kononnya saya telah membuat satu laporan palsu.

“Namun setelah 4 tahun, dan berulang kali ia dilengah dan ditangguh, semalam, beliau menarik balik saman ke atas saya, dengan alasan namanya sudah bersih. Sebenarnya dari awal lagi, saya amat bersetuju jika kes saman ini diteruskan, kerana ia dapat memperlihatkan kebenaran pada semua.

“Pada pendapat saya, beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hanya disebabkan faktor-faktor teknikal. Ini kerana didalam penghakiman penuh, saya percaya bahawa kredibiliti dan keterangan saya adalah “intact”.”kata Mohd Saiful dalam kenyataannya.-- AIDC


4 comments:

Anonymous said...

LEPAS TARIK SAMAN TERHADAP DATO NALA PULA!

Anonymous said...

hueyehhh!!!!

aperpun tak jadi lah jika dia nak saman malu!!!..hehhe

sebab aper...?tenguklah saper saksi-saksi pihak yg kena saman nyer!!!

gerun sesangat lah tu!!!

bukan sahaja terbelah..takut terdedah!!

Jijan Mali said...

Tarik balik saman malu???? kah,kah,kah....yang hang pi saman in the first place tu buat apa....bodoh piang betoi kaum Nabi Lut yang seorang ni. Nampak sangat le ni hang yang salah

Anonymous said...

ahhhh kentut la KJ..dah kaw tim la tu dgn havang NON......

"Saya cuma perlu kata, saya tidak cakap apa yang dilaporkan dalam akhbar dari ucapan saya."....itu yg disuruh havang Non untuk selesaikan saman nie...puiiiiii laaaaa

-Golokru-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa