Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 25, 2012

SEORANG LAGI WANITA MENGAKU SKANDAL ANWAR IBRAHIM TERDEDAH IDENTITINYA




KUALA LUMPUR - Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.

Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik.

"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.

"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

9 comments:

Abd Razak said...

aku kenal pompuan ni..dia ni kaya raya,ada boat mewah pada tahun tahun 90an.hidup lagi rupanya.janda kaya katakan!!sekali belayar bawa ramai kakitangan sendiri dari sisir rambut hingga urut badan.rupanya duit duit! duit............ish tak tau nak cakap
duduk hotel 5 bintang.tak makan kat gerai tepi jalan.

capt razak

Anonymous said...

memang betul ler, duit 3,000,000,000 mesti pandai bagi-bagi supaya tak kantoi

Unknown said...

HEHEHEH..HARI TU ANWAR BILANG ESKAY PUN DIA TAK KENAL KAN...

Anonymous said...

DI UTUSAN WANITA INI MENGAKU BUISSNESS DIA PERNIAGAAN LUMBA KUDA...KIRA2 PLUS MINUS ADA LINK DENGAN 4D MAGNUM KE.DASYAT REZEKI DIA BUISNESS LUMBA KUDA RUPANYA.
DATO' NALLA ADA KENAL KE INI PEREMPUAN.

WHAT GOES AROUND COMES AROUND...REZEKI YANG HALAL AKAN BUAT KITA TIDUR LENA ...TAK PERLU JADI FUGITIVE DI NEGARA LAIN.

Anonymous said...

WOW BUISNESS DIA PERNIAGAAN LUMBA KUDA DAHYSAT TU.
WHAT GOES AROUND COMES AROUND LUMBA KUDA NI ADA LINK DENGAN 4D MAGNUM KE.DATO'NALLA ADA KENAL INI PEREMPUAN KE?
REZEKI YANG HALAL KITA BOLEH TIDUR LENA TAK PERLU JADI FUGITIVE DI NEGARA ORANG.RUPANYA DOK SEBOK KATA ORANG KRONI..ITU INI LAH HANYA NAK CREATE PERCEPTION YANG AKULAH PALING AMANAH DAN BERINTEGRITY. MR. ANWAR ADA KENAL KE WANITA MISTERI MS.ZALIAH ZAKARIA NI...JAWPAN DIA TENTULAH INI SEMUA FITNAH UMNO HA...HA..

Anonymous said...

Wow... bizness lumba kuda dan Penunggangnya adalah Bang Non.. kweng..kweng..kweng...

Anonymous said...

rahsia dan penyimpan rahsia anwar sikit demi sdikit dah mula terbongkar...padan muka dia

Anonymous said...

Waah, rupa nya memang ada sungguh lah pompuan nih. Ingatkan main tembak je.Ya lah duit tengah banyak, lempar sana cikit, lempar sini sikit, simpan kat bank sana, simpan sini. pun masih tak boleh habis lagi. Tapi masih lagi Si Annuar tak berani nak saman Ummi Hafilda, Eskay, Nalla, Abdul Razak, dan Abdul Murad.

Anonymous said...

baguih hangpa spin..kat mana makcik ni ngaku dia scandal Anwar?...yg aku paham bini2 menteri UMNO main badminton pun org sponsor..patut la badan montel2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa