Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, June 03, 2012

PAK LAH DAN ALTANTUYA???


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memanggil pimpinan tertinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tuduhan bahawa Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Musa Hassan, beliau sendiri memberi taklimat kepada Bekas PM Pak Lah mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib.

“Saya beri taklimat kepadanya (Abdullah) saya katakan yang terlibat (ialah) Abdul Razak Baginda bersama dua anggota polis (yang telah disabitkan dengan tuduhan pembunuhan tersebut).

"Beliau (Abdullah) tanya Datuk Seri Najib ada terlibat sama? Saya kata tak ada menunjukkan dia terlibat sama,” kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Bekas IGP itu juga berkata, adalah tidak benar dakwaan bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

"Orang boleh spin macam-macam kata isteri Najib pun ada masa sama (Altantuya diletupkan). Saya dapati (mereka) tak terlibat," katanya sambil menambah yang melakukannya ialah dua anggota polis terbabit.

Musa berkata, taklimat itu diberikan kepada Abdullah selepas penyiasatan polis selesai dan keputusan diambil untuk mendakwa Abdul Razak dan dua anggota polis tersebut pada awal tahun 2007.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa