Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, June 03, 2012

VIDEO ITU KELUAR AKHIRNYA!!!



MUAR – Kementerian Dalam Negeri akan memuat naik rakaman video perhimpunan haram Bersih 3.0 dalam laman web kementerian itu selewat-lewatnya Rabu ini dilihat dan dinilai sendiri oleh orang ramai.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah kementerian menunjukkan rakaman yang diperoleh daripada pelbagai pihak itu bertujuan membolehkan orang ramai mendapat perspektif sebenar tentang kejadian dalam perhimpunan itu.

Katanya kementerian bersikap terbuka supaya rakyat boleh buat rumusan berdasarkan fakta dan bukan pertimbangan lain yang sempit serta perhitungan tertentu.

“Video ini juga bantu semua pihak yang berkepentingan untuk cari pertimbangan sewajarnya untuk masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pemimpin dan pelancaran buku ‘Dian Desa 2012′ di Sekolah Rendah Kebangsaan Ladang Mutiara, Kahang di sini.

Hishammuddin berkata kementerian juga bersedia menghadapi tindakan saman jika ada mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan sumber rakaman video berkenaan. – BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa