1. Isu Irene Fernadez (IF) mengkritik, mengutuk dan meludah Malaysia, negaranya sendiri, berhubung layanan terhadap buruh asing nampaknya sudah reda. Tetapi, selepas membela buruh Indonesia dan Bangladesh, dia mungkin pulak membela buruh India, Kambodia, Vietnam dan lain-lain lagi. Manalah tahu. Kan Negara kita ni sebuah Negara demokrasi… boleh bercakap apa saja dan berdemonstrasi apa saja. Contoh laporan kutukan IF itu boleh dibaca di sini.
2. Tentu ada yang bersetuju dengan IF tetapi ramai juga yang tidak setuju dengan cara IF memperjuangkan isu tersebut. Antaranya ialah ulasan YBhg Tan Lee Lam Thye.
3. Cara IF meludah Malaysia seolah-olah layanan yang diberikan oleh majoriti rakyat Negara ini amatlah teruk sekali manakala layanan serta keadaan kehidupan di Negara-negara berkenaan, seperti Indonesia dan Bangladesh, seolah-olah jauh lebih baik dari Malaysia. Anehnya beliau hanya berpijak ke atas 6 kes rasuah sahaja sedangkan pekerja asing di Malaysia melebihi 2 juta orang! Jika terdapat 100,000 kes pun, ia hanyalah 5% sahaja dari jumlah pekerja asing yang ramai itu.
4. YAB DS Najib sendiri tidak menafikan perbuatan rasuah berlaku di Negara ini dan beliau telah memberikan komitmen untuk membasmi penyakit tersebut. Ia telah dipahatkan di bawah NKRA sebagai salah satu daripada 6 +1 agenda beliau. IF dan semua penduduk Malaysia, termasuklah saya, hendaklah berkongsi iltizam murni ini dan sama-sama membantu beliau merealisasikannya; bukan mengutuknya.
2 comments:
mula2 dulu berkaki ayam.berjalan kaki berbatu2 semata uantuk maencari samsu haram atau todi kemudain mabuk,terhuyung hayang dan kencing berdiri,kini dah maju dan bolih bercakap orang putih dan biasalah,bayak orang bercakap kalau jumpa ular dan spesis ni tersepit ,lepaskan ular dulu,ular akan pergi tapi kalau tolong spesi ini,inilah yang berlaku.ludah dia balik pada kita.

Post a Comment