Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, June 19, 2012

KENAPA TANGKAP CINA BOOKIE BOLA/JUDI HARAM IKUT MUSIM??


MEMANG BENDA NI ADA BERLAKU SETIAP HARI...
BUKAN SETAKAT MUSIM EURO JER...
MUSIM EPL MEREKA ADA...
MUSIM LA LIGA MEREKA ADA...
MUSIM SERIES A MEREKA ADA...
MUSIM LIGA SUPER PUN MEREKA...
NOMBOR GELAP PUN MEREKA JUAL...

BANGSA YANG JUAL NI PULAK MEMANG BANGSA TU JER...
MEREKA YANG KUASAI BENDA MACAM NI...
MEMANG DARI DULU MEREKA BUAT MACAM NI...
UNTUNG JUTA-JUTA...
TAPI KEUNTUNGAN TU MEREKA BERI SIAPA??
ADAKAH MEREKA GUNA KEUNTUNGAN BUAT BENDA HARAM INI UNTUK TANGGUNG PARTI POLITIK ITU???
ADAKAH MEREKA GUNA KEUNTUNGAN BUAT BENDA HARAM INI UNTUK BUAT BELANJA NAK JADI TUAN KAT NEGARA INI...??
ADAKAH MEREKA GUNA KEUNTUNGAN BUAT BENDA HARAM INI UNTUK MELAHIRKAN PERDANA MENTERI BUKAN MELAYU YANG PERTAMA IDAMAN MEREKA??

SATU AKU HERAN...
KENAPA BILA ADA EURO/WORLD CUP KER BARU NAK TANGKAP ???
MASA-MASA LAIN BENDA NI HALAL KE??

JPX

JOHOR BAHARU 18 Jun - Polis berjaya menumpaskan kegiatan bookie kejohanan bola sepak Piala Eropah (Euro) 2012 dan lumba kuda serta ekor haram melibatkan nilai pertaruhan RM14 juta dalam empat serbuan di sekitar bandar raya ini sejak Khamis lepas sehingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata 10 lelaki termasuk dua rakyat Singapura ditahan dalam serbuan berasingan itu yang dilakukan hasil maklumat orang awam.

"Dalam serbuan pertama pada pukul 12.15 malam, di Taman Scientex dekat Pasir Gudang, Khamis lepas, polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 36 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti bookie bola sepak Euro yang membabitkan nilai pertaruhan RM1.5 juta dalam masa seminggu lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata polis merampas komputer, modem, kalkulator, dua telefon bimbit serta dua helai kertas yang tercatat angka-angka judi bola sepak dalam serbuan itu dan lelaki berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan.

Beliau berkata dalam serbuan kedua pada pukul 3 pagi di Taman Johor Jaya, Jumaat lepas pula, polis menahan enam lelaki berumur 37 hingga 51 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti yang sama yang juga membabitkan nilai pertaruhan RM1.5 juta dalam tempoh seminggu lepas.

Katanya, polis turut merampas komputer, modem, kalkulator, dua telefon bimbit serta dua kertas yang tercatat angka-angka judi bola sepak dalam serbuan itu dan semakan mendapati seorang daripada lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah membabitkan pencerobohan rumah dan judi.

Mohd Mokhtar berkata dalam serbuan ketiga pada pukul 6 petang di sebuah pangsapuri di Jalan Datuk Abdullah Tahir, dua hari lepas pula, polis menahan dua lelaki rakyat Singapura berumur 30 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti bookie bola sepak Euro, ekor haram dan bookie lumba kuda yang melibatkan nilai pertaruhan RM10 juta dalam masa seminggu lepas.

"Dianggarkan pertaruhan bookie bola sepak itu bernilai RM6 juta manakala pertaruhan ekor haram dan bookie kuda bernilai RM2 juta setiap satu," katanya dan menurutnya dalam serbuan itu polis merampas dua komputer riba, enam monitor, mesin faks, 88 helai kertas tercatat angka-angka perjudian ekor haram, 23 kertas pertaruhan bola sepak Euro, empat telefon, dua pita perakam, empat telefon bimbit dan mesin cetak.

Beliau berkata, dalam serbuan terakhir, pada pukul 4 pagi, di Taman Ungku Tun Aminah, dekat Skudai, semalam pula, polis berjaya menahan seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti bookie bola sepak Euro yang melibatkan nilai pertaruhan RM900,000 dalam masa seminggu.

Katanya, polis merampas komputer riba, wang tunai RM5,000, modem, dua telefon bimbit, pager, kalkulator serta 188 helai kertas yang tercatat angka-angka judi bola sepak. - BERNAMA

1 comment:

Unknown said...

Banteras!!

NURUL IZZAH BERSELERA JILAT LUDAH SENDIRI, LIM GUAN ENG PUN NAK TUMPANG SEKALI. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa