Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, June 19, 2012

WAJIB BACA:JOM JUMPA TOK ALI DAN TAWAR DIRI SEBAGAI CALON!!!

GAMBAR SEKADAR HIASAN JER TAU...
Lagi nak dekat PRU lagi macam-macam perkara "di luar kotak pemikiran" terjadi. Kalau benda yang terjadi tu benda baik kira ok ler tapi benda yang tak baik pulak yang berlaku.

Kalau pembanggang memang kita semua sedia tahu bahawa mereka ni pekerjaan utama mereka memang buat kerja tak baik. Jadi tak hairanlah kalau hari-hari kita dengar ada jer benda tak baik yang mereka buat dan sebarkan.

Perdana Menteri kerja siang malam pagi petang subuh senja untuk menabur bakti dan menunaikan janji kepada rakyat Malaysia.

Tok Ali, Ketua Menteri Melaka pun sama. Hari-hari ligat sana sini jumpa semua lapisan rakyat bekerja untuk memastikan BN akan menjadi pilihan rakyat dalam PRU 13 nanti.

Dalam sebuk semua pemimpin kita ni kerja kuat, ada cerita yang dikhabarkan kepada aku tentang beberapa kerat manusia yang suka sangat bagi sakit kepala pada Tok Ali.

Dari maklumat yang aku dapat, beberapa kerat manusia ni mengusung profil mereka dan secara peribadi telah berjumpa dengan Tok Ali menawarkan diri untuk menjadi calon PRU 13 nanti.

Manusia-manusia ni sanggup memburukkan ADUN mereka semata-mata untuk menarik perhatian Tok Ali dan sekaligus berharap mereka akan menjadi pilihan sebagai calon PRU 13 nanti.

Pertamanya, aku marah jugak denga kelakuan manusia yang sanggup buat benda ni untuk kepentingan peribadi. Kalau kau kemaruk sangat nak jadi calon pun tak payah ler kau burukkan orang lain.

Lepas tu kau semakkan pulak kepala Tok Ali dengan kelakuan kau yang macam haram jadah tu. Kau patutnya tolong dan bekerja sama dengan ADUN tempat kau, bukannya kau burukan dan fitnah ADUN tersebut.

Keduanya, aku rasa kelakar dengan cerita yang aku dengar ni. Mana taknya, individu yang pergi jumpa Tok Ali dan menawarkan diri sebagai calon tu semuanya aku kenal.

Aku kenal mereka bukan sekadar pada nama sahaja, tapi aku kenal "siapa" mereka. Bila mereka buat kerja macam ni, memang sah ler mereka ni tak sedar diri dan jenis tak kenang budi.

Kepada mereka-mereka yang terlibat, aku harap mereka sedar bahawa apa yang paling penting sekarang adalah kerja kuat untuk parti menghadapi PRU. Kena utamakan parti bukannya diri sendiri.

Kita patutnya sokong dan bantu ADUN kita, bukannya buat benda macam ni. Apa kau ingat, ADUN yang ada sekarang Tok Ali tak tahu ke prestasi kerja mereka???

Jadi tak perlu jadi pembohong hanya untuk "up" diri sendiri kerana aku yakin Tok Ali kenal semua ADUN sebab dia adalah Ketua Menteri Melaka. Semua laporan akan sampai pada Tok Ali, jadi tak payah nak wayang depan beliau, ok??

Kalau kita kerja kuat dan kerja yang kita buat cemerlang, sudah pasti kita akan disukai dan ada kebarangkalian kita akan dipilih sebagai calon. Tak payah mengusung profile ke sana ke sini sebab ada mata yang memerhati dan menilai.

Aku secara jujur akan undi siapa sahaja calon BN kerana aku yakin dengan janji PM yang akan sediakan calon yang terbaik untuk BN. Soal pemilihan calon kita biarkan pucuk pemimpinan yang buat.

Siapa sahaja yang terpilih, sebagai ahli parti kita wajib sokong tanpa sebarang alasan. Kalau kita tak terpilih, jangan kecewa dan buat benda yang boleh merosakan parti.

Sokongan rakyat kepada BN semakin hari semakin meningkat. Jangan hanya kerana beberapa kerat manusia ini, rakyat menyampah dan golongan muda seperti aku akan terus berpersepsi negetif terhadap BN.

Kepada yang terlibat, baik cepat bertaubat dan cariklah benda yang berfaedah untuk dibuat kalau pun tidak untuk parti tapi untuk diri sendiri.

Aku mintak maaf kalau ada yang terasa yer...

JPX 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa