Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Sunday, June 24, 2012

APA HUBUNGKAIT RAJA NONG CHIK DENGAN PENGHAWA DINGIN ACSON???



Aku rasa ramai di antara kita yang pernah dengar pasal air con jenama Acson. Mungkin ada di antara kita yang pernah pakai air con jenama tu.

Tahukah anda, pengasas jenama Acson adalah orang Melayu? Kejayaan beliau dalam perniagaan juga diiktiraf oleh para usahawan Bumiputra lain sehingga beliau dilantik menjadi Presiden Persatuan Pengilang & Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia.

Dalam keadaan kita ingin melihat peningkatan ekuiti Bumiputra dalam perniagaan, orang-orang macam ni memang perlu diberi penghargaan.

Bila melihat keupayaan beliau dalam bidang perniagaan, Perdana Menteri sendiri ingin melihat kejayaan beliau dalam bidang perniagaan diterjemahkan kepada kejayaan dalam membantu membangunkan negara. Maka PM telah meminta agar usahawan Bumiputra berjaya ini mengorbankan waktu dan kudrat beliau dan meninggalkan bidang perniagaan sementara untuk berkhidmat sebagai Menteri.

Siapakah insan yang dimaksudkan? Tak lain tak bukan, Dato’ Raja Nong Chik. Semasa Dato’ Raja Nong Chik dilantik menjadi Menteri, siapa yang kenal beliau? Pelantikan Dato’ Raja Nong Chik memang mengejutkan semua kerana beliau bukanlah tokoh penting dalam UMNO.

1 comment:

Anonymous said...

wahhh...info baru ni bro

wa tak penah tau pasal ni. lepas ni kalau wa perlu beli barangan elektrik, 1st choice acson la

support usahawan Melayu Muslim

bukan macam PAS...sekolah agama nak dibina pun musibat2 tu bantah

esok anak2 dia orang juga yang nak guna

BODOH!

-abu aliff melaka-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa