Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, May 08, 2012

PANAS: PEMIMPIN PAS NEGERI MELAKA TERIMA PELURU HIDUP!!!



Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman menerima peluru yang disertakan bersama surat ugutan bunuh hari ini. Juhari menerima sebutir peluru yang dihantar bersama sampul surat ke rumahnya di Taman Ayer Molek, kira-kira 11.50 pagi tadi.

Beliau amat terkejut dan ketika ditemui petang tadi mengatakan ini merupakan kali pertama semenjak beliau sebagai Unit Amal. Beliau menyangkakan bahawa surat yang diterima tadi itu adalah gurauan kawan-kawan kerana hanya ada akhbar berbahasa Tamil. Setelah dibuka lipatan akhbar kedua, beliau mendapati ada nota dan sebutir peluru hidup.

Kandungan nota tertulis dengan perkataan mencarut yang berbunyi "Pu**mak Kau Juhari.. Pengkhianat Bangsa". Beliau juga menolak kemungkinan ada bermusuh dengan sesiapa kerana kes ini berlaku ada kaitan dengan BERSIH 3.0 yang berlaku pada hujung bulan April yang lalu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa