Mazlan Aliman yang sangat malu kerana menjadi KETUA HARAMJADAH telah melancarkan serangan balas menerusi laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kulai semalam. Mazlan Aliman pada masa yang sama, memberitahu sebagai KETUA HARAMJADAH, dia mempunyai ahli HARAMJADAH lain yang sangat ramai dan kesemua mereka ini sangat sayangkan FELDA serta bimbang FELDA akan diranapkan menerusi penyenaraian FGVH di Bursa Saham.
Desakan turut dibuat oleh KETUA HARAMJADAH itu terhadap Najib Abdul Razak agar menarik balik perkataan HARAMJADAH yang dituturkannya sebanyak dua kali kepada golongan yang menentang penyenaraian tanah-tanah Felda Plantations yang bakal memberi pendapatan tambahan kepada para peneroka.
KETUA HARAMJADAH selama ini telah berkempen di seluruh negara, kononnya penyenaraian tanah-tanah Felda Plantations menerusi FGVH di Bursa akan menyebabkan para peneroka kehilangan tanah mereka.
Penjelasan demi penjelasan yang diberikan bahawa penyenaraian tersebut tidak akan menggugat walau seinci pun tanah yang dimiliki oleh peneroka atau dengan kata lain para peneroka hanya terlibat menerusi Koperasi Felda Berhad sebagai 'pemain saham percuma', telah cuba diselewengkang oleh KETUA HARAMJADAH dengan pelbagai cara.
Kalau rakyat Malaysia bukan warga FELDA terlibat dengan PNB menerusi saham-saham amanah seperti ASB, ASN, ASW dan sebagainya tanpa sedikit pun kehilangan harta benda atau wang ringgit mereka, warga FELDA pula mempunyai kelebihan berbanding warga bukan FELDA kerana mereka telah diberikan saham-saham FGVH tanpa perlu bimbang tentang kerugian.
KETUA HARAMJADAH kata, dia dan kumpulannya bimbangkan tentang masa hadapan FELDA. Mungkin benar kata-katanya, kerana kalau warga FELDA terus menjadi penyokong kerajaan yang kuat, macam mana dan di mana KETUA HARAMJADAH nak bertanding nanti...
Yang hairannya, KETUA HARAMJADAH tak pula sibuk nak bela LADANG RAKYAT KELANTAN yang bukan sahaja tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat, tetapi juga banyak menimbulkan musibat terutama menerusi pemilikan ladang oleh bukan rakyat Kelantan dengan para peserta LADANG RAKYAT yang rata-ratanya adalah bukan orang tempatan, sekadar menikmati RM200 sebulan!
SUMBER: THE FLYING KICK
MAZLAN ALIMAN NI MAKAN CILI KE???
No comments:
Post a Comment