Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, May 28, 2012

MEMANG SAH BUKAN MELAYU AKAN JADI PERDANA MENTERI TIDAK LAMA LAGI!!!



BARU-baru ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika dihubungi seorang wartawan Utusan Malaysia dengan nada lantang mengisytiharkan beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurut beliau, meskipun pihak pembangkang bersetuju Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara itu, namun beliau secara peribadi menganggap tiada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.

"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri kerana tidak termaktub dalam Perlembagaan negara yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan berbuat demikian.

"Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini," tegas beliau.

Kenyataan Karpal itu adalah sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini bahawa beliau telah tersasul menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri pada satu majlis di pasar Air Itam, Pulau Pinang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa