BENARKAH Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama tersilap strategi menyokong perkahwinan sejenis untuk memancing undi gay dan lesbian? Sejauh manakah kedua-dua golongan ini boleh menyumbang kepada kemenangan Obama dalam pilihan raya September depan?
Sokongan terbuka Obama itu mencetuskan kontroversi dan banyak yang menentang perkahwinan sejenis dijangka akan menolak Obama. Budaya songsang perkahwinan sejenis ini memang dianggap biasa dengan menularnya golongan gay dan lesbian. Tetapi apakah benar Obama melihat potensi undi daripada gay dan lesbian untuk menewaskan pencabarnya Mitt Romney?
Banyak reaksi yang menentang sokongan Obama itu memperlihatkan masyarakat membantah perkahwinan sejenis walaupun enam negeri di AS membenarkan. Dalam masyarakat yang dilihat bobrok dengan nilai songsang ini, tetap ada ramai yang waras dan memilih institusi keluarga yang normal sebagai institusi.
2 comments:
anwar yahudi akan salaam dan cium tangan barack obama...
pejuang hamas...
agaknya Anuar pun dapat dana dari kumpulan yang sama untuk PRU13 ni. apalah nak jadi dengan pengaruh duit ni dan semoga Allah berikan kemenangan besar kepada UMNO/BN.
Post a Comment