Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, May 30, 2012

GEMPAR:PEMANDU LORI SERANG KETUA MENTERI MELAKA!!!





Pagi ni ada sekumpulan pemandu lori buat perhimpunan depan Seri Negeri, Pejabat Ketua Menteri Melaka.

Ikut maklumat, pemandu lori ini berkumpul untuk luahkan perasaan tidak puas hati terhadap SPAD. Mereka marah sebab selalu kena saman oleh SPAD.

Pemandu lori ini ada juga yang mengadu SPAD selalu saman mereka kerana kesalahan kecil dan langsung tak boleh bertimbang rasa ketika saman pemandu lori.

Dalam sebuk-sebuk pemandu lori ini berhimpun, ada jugak manusia yang cuba tumpang glamour dan cuba jadi parasit untuk dapat populatiti murahan.


Aku takde di tempat perhimpunan itu, tapi ada sorang kawan aku hantar gambar di bawah.

Apa yang aku nak kongsi rasa hati aku di sini ada dua benda.

PERTAMA:Kalau kita tak buat salah, mana mungkin kita akan disaman, setuju tak?? Sebanyak-banyak lori di Melaka ni, kenapa lori kita aja yang kena saman?? Kenapa lori lain tak kena saman??? Mesti ada sebabnyakan..??

Memang kita tak boleh sangkal dakwaan pemandu lori yang kata pegawai SPAD ni ada yang takde budi bicara. Kat mana-mana pun ada pegawai macam ni. Memang ini masalah yang perlu segera diperbaiki untuk berikan kepuasan 100% kepada pengguna.

Tapi bayangkan pegawai SPAD yang cuba laksanakan undang-undang ni selalu jer bertolak ansur dan terlalu berbudi bicara, apa jadik pulak dengan nasib undang-undang??? Dapatkan undang-undang dilaksanakan dengan baik ???

Kita selalu marah pegawai-pegawai yang laksanakan undang-undang tapi apakah kita perasan yang kita juga kadang-kadang langgar undang-undang??? Pegawai SPAD hanya jalankan kerja mereka dan tidak wajar kita marah orang yang buat kerja mereka.

KEDUA: Dalam gambar yang kawan aku hantar ni, ada seorang mamat tua yang aku rasa memang tak patut ada kat perhimpunan pemandu lori ni. 

Dia bukan pemandu lori, Pegawai SPAD dan sudah tentu bukan Ketua Menteri Melaka. Kehadiran mamat tua ni sedikit tidak boleh membantu menyelesaikan masalah mana-mana pihak yang ada di situ.

Kehadiran mamat tua ni tak lain dan tak bukan untuk buat sebuk dan cari populariti. Mamat tua ni kononnya wakil dari satu parti politik datang atas rasa prihatin dengan nasib pemandu lori ini.

Tapi hakikatnya, apa yang boleh mamat tua ni buat??? Selama-lama ini pun, apa yang mamat tua dan parti politiknya buat untuk bantu rakyat di Melaka ni??? Aku rasa takde sebab parti politiknya tak pernah memang satu kerusi pun di Melaka  ni.

Kalau ada, tolong nyatakan dengan terang dan benar apa jasa mamat tua ni dan parti politiknya kepada pemandu lori ini dan rakyat Melaka yang lain?

Mamat tua ni datang untuk tinjau peluang dan ruang bagi ambil kesempatan jer. Inilah peluang baik untuk dia hentam kerajaan dan tulis benda buruk dalam blognya nanti.

Korang nilaikan sendiri siapa mamat tua melalui apa yang aku bongkar tentang penipuan si tua kutuk ini >>>DI SINI<<< DAN >>>DI SINI<<<

Pada aku, kehadiran mamat tua ni langsung tak guna. Dia bukan ada kuasa nak bantu pun pemandu lori. Nak bantu pemandu lori pun tak yakin dia pandai pandu lori. Tolong cuci lori mungkin dia boleh dan layak ler...

Si mamat tua ni tak lebih dari langau yang suka menyibuk tentang urusan orang lain walaupun dia tahu dan sedar (mungkin tidak sedar) dia langsung tak boleh bantu atau buat apa-apa untuk bantu selesaikan masalah tersebut.

Mari kita doakan pemandu lori ini dipermudahkan urusannya dan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Mari juga kita berdoa agar mamat tua ni sedar diri bahawa dirinya tak lebih dari langau yang perasan hebat kerana mampu beli kamera dan selalu suruh orang lain ambik gambar dirinya!!!

JPX

6 comments:

Anonymous said...

siapa mamat tua tu??

Anonymous said...

kalau ada hal macam ni memang ramai pembangkang yang akan cuba manipulasi untuk kepentingan politik mereka.

Anonymous said...

doran pemandu lori tu kalau bawak lori ada peduli tak pasal keta2 lain?

melayu tak melayu kalau lori ko langgar keta aku, keluarga aku mati ko ada kesah ke?

kalau tak salah bagi lah bukti tak salah, bawak naik makamah, yang nak buat demo kenapa?

ni lupa nak tanya ada tak korang hantar wakil untuk buat perbincangan??ADA KE TIDAK

nampak sangat busuk ye hati tu kan..bincang tak nak huru nak

Anonymous said...

sama la macam seorang mamat tua lain yang sibuk pi kandang babi konon kesian kat tokeh babi sebab kerajaan bunuh babi kerana bawa virus penyakit. tak tau apa kena mengena babi dengan diri mamat tua tu. lagi satu mamat tua ni jugak kesian sangat kat lee kuan yew, ziarah china rasist tu bila bini dia mati. apa kena mengena china tu dengan mamat tua ni? aku nak tengok bila lee kuan yew mati, mamat tua ni nak melolong tak kerana simpati?

Anonymous said...

aku macam tahu jer siapa mamat tua yang kau maksudkan. dia memang tengah kemaruk nak jadik yb

Anonymous said...

Aku respek la pada DS Ali sudah settle perkara ni. pada komentor yg x tahu apa masalah x usah kasi keroh lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa