Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, May 30, 2012

ANWAR IBRAHIM PUNCA PKR AKAN BUNGKUS DALAM PRU13 NANTI!!!



BERAPA ramaikah wakil rakyat yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang merupakan golongan yang termasuk dalam kumpulan tersilap pilih? Persoalan ini dilontarkan apabila kepimpinan parti itu secara terbuka menyatakan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung tersilap memilih calon.

Kini PRU 13 yang masih menjadi tanda tanya bilakah berlangsungnya, apakah sekali lagi PKR akan tersilap pilih calon lagi? Seperti kata pepatah “pisang berbuah dua kali”. Sebagai sebuah parti yang baru, tentunya calon-calon yang bertanding atas tiket PKR sama ada calon lama atau calon baru.

Akibatnya wakil rakyat ini ‘tidak kuat’ dan ‘mudah goyang’ sehingga akhirnya membawa peletakan jawatan atau meninggalkan parti itu. Ada juga wakil rakyat yang dikatakan tidak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan setelah mereka dipilih oleh rakyat.

Dalam erti kata lain, adakah kebanyakan wakil rakyat PKR merupakan calon ‘tangkap muat’ (mengambil mana yang sempat sahaja) yang tidak mampu memberi perkhidmatan terbaik sebagai wakil rakyat? Malang sungguh rakyat jika ini benar-benar berlaku. Mungkin bagi bagi wakil rakyat yang dikenal pasti berada dalam kumpulan ‘tersalah pilih’, tiba masanya parti menasihatkan mereka meletak jawatan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa