Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, May 03, 2012

BELIA THIONGHUA YANG TERUJA





PUTRAJAYA, 27 APRIL 2012 - Belia Tionghua melalui persatuan-persatuan belia masing-masing begitu teruja untuk menjayakan Sambutan Hari Belia Negara 2012 Mei nanti apabila kira-kira 200,000 telah memberikan komitmen untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan tahun ini.

Mereka akan ditempatkan di Zon Perkampungan Cina dengan mempamerkan pelbagai aktiviti kesenian, kebudayaan disamping gerai-gerai pameran yang berkonsepkan budaya masyarakat Tionghua di sepanjang program lima hari itu.

“Zon khas belia Cina ini bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan belia-belia cina pada Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 kali ini yang merupakan julung kali diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia”, ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu dalam sidang medianya di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, “Jangan salah sangka dengan menyangka bahawa Putrajaya ini hanyalah untuk satu komuniti sahaja tetapi ialah sebuah bandar yang dibina untuk golongan belia Malaysia tanpa mengira kaum. Ia sekaligus memberi cabaran kepada semua belia Cina untuk merebut peluang menempatkan diri dalam 38 segmen yang telah disediakan di sepanjang sambutan lima hari itu."

HBN 2012 akan diadakan selama lima hari bermula pada 23 hingga 27 Mei ini dengan 1000 persembahan dari dalam dan luar negara disamping 22 persembahan pentas yang menyajikan pelbagai bentuk persembahan mengikut segmen masing-masing.

Pertama kali diperkenalkan, perkampungan ini turut menyediakan program-program tersendiri seperti pameran-pameran pendidikan dan perlancongan, bakat-bakat daripada belia Cina, persembahan daripada artis-artis Cina tempatan dan luar negara serta banyak lagi.

Senator Gan optimis serta yakin bahawa belia-belia ini mempunyai kreativiti tersendiri bagi menghasilkan sesuatu dan terpulang kepada mereka untuk merealisasikannya. Turut terlibat menjayakan program ini adalah seperti Soka Gakkai (SSGM), Fo Guang, Xiang Nan, EMCO, Persatuan Belia-Belia Cina, YMM, GBBM yang mengambil peluang dalam perhimpunan besar-besaran dengan mewujudkan kerjasama dua hala dalam memajukan ilmu pengetahuan, ilmu penganjuran majlis dan sebagainya supaya sesi pembelajaran itu lebih mampu dipelajari. DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 di SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa