Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, April 23, 2012

AKHIRNYA AHLI PARLIMEN AMAL BISEKSUAL ITU LETAK JAWATAN!!!



SYDNEY 22 April - Speaker Parlimen Australia hari ini meletak jawatan selepas dituduh melakukan gangguan seksual terhadap seorang kakitangan lelaki dan menyalah gunakan peruntukan perbelanjaan.

Peter Slipper (gambar) melakukan penerbangan pulang ke Australia dari Amerika Syarikat hari ini selepas bekas pembantunya memfailkan aduan di mahkamah, menyatakan dia telah diganggu secara seksual oleh beliau.

Slipper yang telah berkahwin dan mempunyai anak, dengan kuat menafikan tuduhan oleh bekas pembantunya itu, James Ashby yang mendakwa diupah bekerja supaya boleh menjalin hubungan seks dengannya.

Ashby, 33, mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Persekutuan kelmarin, dengan menuduh Slipper telah melakukan perbuatan tidak senonoh ke atasnya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah.

Dia turut mendakwa Speaker Parlimen itu menyalahgunakan peruntukan perbelanjaan teksi yang diberikan kepadanya.

Selepas menerima desakan daripada pembangkang untuk meletak jawatan, beliau mengeluarkan satu kenyataan hari ini yang menyatakan tuduhan Ashby itu tidak benar.

Dalam kenyataan itu, beliau turut menyatakan adalah 'wajar' baginya untuk meletak jawatan sebagai Speaker Dewan sehinggalah kes itu diselesaikan.

"Selepas tuduhan ini dibuktikan tidak benar, saya akan kembali menjadi Speaker Dewan Parlimen," katanya.

Perkembangan terbaru itu meletakkan kerajaan pimpinan Julia Gillard di kedudukan sukar kerana Perdana Menteri itu sebelum ini memujuk Slipper untuk belot daripada parti pembangkang, Parti Liberal pada tahun lalu dan dilantik menjadi Speaker Dewan. - dpa


INI BARU STEADY...
DAH TAHU SALAH TERUS LETAK JAWATAN...
INTERGITI MEMANG TINGGI...
TAK MACAM MAMAT TU...
DAH LER MELIWAT..
NAK JADIK PERDANA MENTERI PULAK..
ADA KE PATUT??

JPX

2 comments:

anamas said...

SEBENARNYA MAT SALLEH NI LEBIH ISLAM DARI PEMIMPIM PEMBANGKANG KAT MALAYSIA NI....PENGECUT.

Adi Kencana said...

Sana kena tuduh je dah berundur. Kat sini, dah didapati bersalah pun masih nak kuasa lagi...

PENDUDUK KERINCHI MASIH MENANTI PERMOHONAN MAAF NURUL IZZAH. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa