Rendah diri adalah bila mana seseorang itu tidak menunjuk dan sombong dan hormat kepada orang lain.
Namun bagi diri seorang Ketua Menteri, rendah diri hampr tidak wujud dalam personaliti diri Lim Guan Eng.
Mungkin dia sendiri tidak tahu makna perkataan itu atau telah melupakannya sejak menjadi Ketua Menteri.
Kuasa kadang-kadang boleh menjadikan seseorang itu bongkak. Dalam diri Lim Guan Eng, kuasa bukan sahaja menjadikan dia bongkak tapi terus merubah dirinya menjadi seorang yang sangat ego melampau.
Lebih menyedihkan, penyakit yang dialami oleh Lim Guan Eng deritanya dihadapi oleh rakyatnya. Kecacatan pendengarannya kerana gagal mendengar suara rakyat Penang adalah titik tolak kesan dari tingkat tinggi tahap egonya.
Dari perubahan sikap, dia juga menukar penampilannya. Gaya rambut persis model Brylcreem yang tak tumpah seperti gaya mendiang Ah Pek moyangnya ditukar kepada gaya rambut Ah Beng yang ranggi seperti anak mudanya.
Jika anda perasan, gaya rambut model Brylcreem sudah digayakan kembali. Harap-harap dia juga dapat merubah peribadinya semudah dia menukar gaya rambutnya. Dia perlu belajar untuk menerima maklum balas rakyat dalam gaya seorang pemimpin negeri yang baik.
Baru-baru ini, Lim Guan Eng naik minyak dan tunjuk egonya dengan memanggil S.M Mohamed Idris, Presiden CAP sebagai “orang tua” hanya kerana dia mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Penang yang tidak membincangkan dengan teliti sebelum perlaksanaan projek infra mega di negeri tersebut.
Lim Guan Eng dengan mudah menafikan hal itu dan mengatakan bahawa dia tidak mungkin menggunakan perkataan itu kepada sesiapa kerana dia menjaga etika sebagai seorang Ketua Menteri.
Mohamed Idris berkata dia membawakan hal ini kerana merasakan ada kekurangan perbincangan dan penerangan dari kerajaan negeri untuk perlaksanaan projek mega ini.
Projek yang merangkumi pembinaan terowong bawah laut sepanjang 6.5km di antara Gurney Drive-Bagan Ajam, 12km jalan menghubungi Tanjung Bungah-Telok Bahang, 4.2km Jejambat Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Jejambat Lebuhraya Tun Dr Lim Eu- Bandar Baru Air Itam sepanjang 4.6km.
Semua ini adalah projek mega dan menggunakan wang rakyat. Maka, rakyat perlu tahu apa impak projek ini kepada sosial, ekonomi dan persekitaran. Projek pada skala ini tentu sahaja akan mempengaruhi keadaan sekitar seperti laluan trafik, keselamatan dan perniagaan.
Sebagai Ketua Menteri, dia perlu menerangkan semua ini sebelum memutuskan untuk melaksanakan projek ini melalui pendengaran awan atau cara yang dirasakan perlu untuk mengumpul maklum balas rakyat.
Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Dia menjadi terlalu defensive dan seperti memarahi Mohamed Idris kerana membangkitkan hal ini.
Amat memalukan bagi seorang Ketua Menteri bila dia gagal mengawal “cool”nya hanya kerana dikritik oleh rakyatnya sendiri.
Ini amat memalukan bila Ketua Menteri Penang yang berasal dari Melaka ini menjadi sasau. Dia terus mengadakan sidang media tergempar dan tanpa segan silu menyalahkan Presiden CAP kerana membangkitkan isu ini.
Sebenarnya tidak salah menjadi “orang tua”. Mungkin Lim Guan Eng tidak melihat “orang tua” ini sebagai mewakili rakyatnya tetapi hanya sebagai salah seorang musuh politiknya.
Lim Guan Eng juga mungkin terlupa bahawa “orang tua” lebih lama sudah hidup di dunia ini dan sudah lebih luas pengetahuannya dan juga pengalamannya.
Dengan memanggil Presiden CAP “orang tua” hanya kerana memberikan pandangannya, secara tak langsung kita dapat lihat bahawa Lim Guan Eng adalah “orang muda” yang tidak guna dan kurang ajar.
Adal lebih dua juta warga Malaysia yang berumur di atas 60 tahun termasuk bapanya, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Adakah pandangan “orang tua” ini tidak penting dan tidak perlu dia berikan perhatian??
Isu yang Mohamed Idris bangkitkan adalah berkaitan kepentingan rakyat Penang bukan peribadi. Tapi mengapa seorang Ketua Menteri bertindak sedemikian dan tidak mempedulikan isu ini??
Dia perlu lebih banyak belajar untuk mengawal egonya supaya tidak mempengaruhi cara dia mentadbir Penang dan menjadikan rakyat Penang sebagai mangsa egonya.
Jika dia tidak mampu mengawal emosi, mudah tersinggung, tidak boleh bertolak ansuu dan mudah tertindak mengikut nafsunya, dia perlu memikirkan kembali jawatannya. Ada lebih satu juta penduduk Penang yang mungkin menjadi mangsa kepada salah laku peribadinya ini.
Dia juga perlu segera belajar apa yang dia sering perkatakan berkaitan Competency, Accountability and Transparency (CAT) dan jangan jadikan ianya sebagai satu propaganda murahan.
Lin Guan Eng perlu segera sedar bahawa sebagai seorang Ketua Menteri dia perlu ada dan lakasankan Competency, Accountability and Transparency yang mempromosikan kebebasan bersuara, kebebasan untuk bertanya dan kebebasan untuk memberikan pendapat kepada pemimpin.
Akhir sekali, Lim Guan Eng juga perlu segera belajar untuk menjadi seorang yang rendah diri, dan belajat mengawal amarahnya.
Dia juga perlu ingat bahawa Penang masih lagi negeri demokrasi dan bukan mengamalkan pentadiran komunis walaupun DAP yang memerintah!!!
JPX
3 comments:
agak2nya bape lah tol yang akan dikenakan....ke lidah biawak akan cakap kerajaan negeri akan tanggung kos penyelegaraan terowong secara percuma?
hehehe mampu ke tol pulau pinang tu korang tak paham2 kenapa kena ada tol ada hati nak korek terowong rentas lautan..
anak komunis memang tak tahu hormat orang macam bapak dia yang komunis juga
kalau belanja besar mesti komisen pun besar kan???
Post a Comment