Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, February 08, 2012

DNA BABI DIJUMPAI DALAM TUBUH BADAN PEMFITNAH RAMLY BURGER!!!!




Dua tiga hari lalu, heboh di alam siber pasal Ramly Burger guna DNA babi dalam penghasilan produk mereka. Namun, hal ini dinafikan sekerasnya oleh pihak Ramly Burger dan mengatakan ini adalah satu tindakan sabotaj yang berniat jahat terhadap syarikat mereka.

RAMLI BURGER NAFI ADA DNA BABI

Ramly Burger sekerasnya menafikan hal ini. JAKIM juga turut membantu menjernihkan kekalut ini, Rakyat akhirnya tahu perkara sebenar dan faham ini adalah fitnah dari mereka yang jahat. Tapi soalnya, mengapa sejak kebelakangan ini hanya produk keluaran orang Melayu Islam di Malaysia ini menjadi tumpuan serangan sebegini???

JPX berpendapat, ini adalah usaha keji pihak yang jahat untuk menjahanamkan perniagaan orang Melayu Islam. Penyebaran maklumat yang tidak benar berkaitan produk Ramly di media baru juga dilihat sebagai satu usaha jahat pihak tertentu yang mungkin cemburu dengan kejayaan Ramly Burger.

Kita semua sedia maklum bahawa Ramly Burger adalah 100% syarikat Melayu. Mereka menguasai pasaran bagi produk burger dan sosej daging lembu dan ayam sejak sekian lama di negera ini. Kejayaan mereka tentu sahaja mengundang rasa tidak senang kepada pihak lawan mereka di dalam perniagaan.

Jadi dengan cara mudah, mereka mencipta fitnah dan menyebarkannya di alam siber. Harapan utama si pelaku adalah supaya perniagaan orang Melayu Islam ini jatuh.  Walaupun tidak mustahil untuk mencari siapa pelakunya, tugas ini bukan mudah. JPX harap pihak Ramly Burger dapat desak pihak berkuasa untuk siasat siapa pelakunya.

Jelas pesaing perniagaan Ramly Burger yang jahat ini tidak boleh dipandang ringan. Niat jahat meraka mahu menjahanamkan perniagaan orang Melayu Islam perlu segara diberikan perhatian. Pihak berwajib perlu pastikan penjenayah ini ditangkap dan dihukum agar menjadi contoh dan tauladan kepada yang lain.



Rasa-rasalah, mereka yang fitnah Ramly Burger ini ada hubungkait tak dengan mereka yang lancar boikot roti Gardenia??? 


>>>CERITA BOIKOT GARDENIA DI SINI<<<

JPX

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa