"MELIWAT SUKA SAMA SUKA MEMANG BEST" |
Jika saya berada di dalam Kerajaan yang memerintah dan berhadapan dengan pilihanraya umum yang akan datang, keputusan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya adalah satu keputusan yang amat baik sekali.
Apalagi jika diambil kira bahawa ini adalah kali kedua Anwar dituduh meliwat. Kali pertama dia didakwa atas tuduhan meliwat, Anwar dibebaskan setelah rayuannya diterima walaupun dia telah merengkok 6 tahun dipenjara di atas kesalahan lain.
Bagaimanapun, untuk pentadbiran Najib Razak mengakui ini adalah keputusan yang diharapkan daripada hakim Mohd Zabidin Mohd Diah adalah sesuatu yang salah. Ia akan menggambarkan seolah-olah ada berupa tekanan terhadap hakim untuk membebaskan Anwar.
Mangsa sebenarnya selama 3 tahun perbicaraan kes ini ialah Najib Razak sendiri. Pertuduhan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi masih memerintah Malaysia. Pendakwaan dibuat sewaktu Abdullah Ahmad Badawi dan anak menantunya masih mempunyai pengaruh besar dalam pengurusan negara tetapi yang terkena sumpahnya ialah Najib Razak.
Sudah tentu Najib Razak merasa paling lega kes ini selesai juga akhirnya.
Tolak cakap-cakap politik ke tepi. Dari awal lagi kes pertuduhan terhadap Anwar merupakan sesuatu yang sukar dibuktikan dan berpegang hanya kepada Saiful Bukhari yang membuat dakwaan diliwat. Menyedari kesukaran ini dan tekanan sekeliling dalam menerima hakikat itu telah mendorong Saiful bersumpah laknat.
Bebasnya Anwar tidak membuktikan Saiful membuat dakwaan palsu dan tidak juga membuktikan perbuatan yang didakwa itu tidak berlaku. Tetapi bebasnya Anwar kerana hakim mendapati tiada bukti-bukti lain yang tidak meragukannya boleh diterima untuk mendakwa yang tertuduh.
No comments:
Post a Comment