Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Friday, December 23, 2011

SAIFUDDIN DAN ADAM ADLI DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB!!!





BAGAN DATOH, 23 Dis. - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada mana-mana pemimpin politik supaya tidak menyokong sekumpulan mahasiswa yang menunjukkan sikap biadab terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.

"Kita tidak mahu mana-mana pemimpin politik cuba menjadi hero atas isu-isu tertentu untuk membela tindakan mahasiswa yang melakukan perbuatan biadab itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas di sini hari ini sempena perayaan Krismas.

Seorang ahli kumpulan dikenali Solidariti Mahasiswa Malaysia bertindak menurunkan bendera yang mengandungi gambar Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di satu perhimpunan di ibu negara baru-baru ini. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa