Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, September 14, 2011

RAIS YATIM SETUJU PELAKON LUCAH BERLAKON DI MALAYSIA






1. Secara ikhlas, JPX memang tak minat nak ambil tahu pasal dunia artis Malaysia. Terlalu laju dan terlalu ramai anak Melayu di negara ini yang jadi artis atas alasan mereka punya bakat dan memang minat yang mendalam dalam seni lakonan/nyanyian. (kononnya ler)

2. Tapi JPX terpanggil untuk menulis entri ini sebab semakin hari semakin melampau kelakuan artis-artis di Malaysia ini. Tahaf sosial artis-artis ini sudah keterlaluan dan boleh dikatakan kurang ajar.

3. Contoh terbaru dan terhangat, pelakon cerita Awan Dania. Gambar panas dia bersama pasangannya bercumbuan bagai pasangan pelakon lucah kini tersebar di alam maya. Tanpa segan silu, artis baru ini bercumbuan dan tidur sekatil dengan pasangannya walaupun dimaklumkan mereka belom berkahwin.

4. Artis ni pada JPX dah macam jadi kiblat pada budak-budak remaja di Malaysia zaman sekarang. Asal nak beli baju, nak beli itu, nak beli ini, remaja suka refer pada artis kegemaran mereka. Begitu juga kalau nak berdandan dan buat fesyen rambut, mesti ikut artis kegemaran mereka.

5. Artis-artis ni pulak sebab rasa hebat dan ramai peminat pun mula ler buat benda yang bukan-bukan. Artis ni berfesyen dan berkelakuan "di luar kotak" dengan alasan berani mencuba benda baru dan mencipta identiti sendiri.

6. Maka dalam proses ini, artis -artis yang kononnya berani mencipta satu trend yang merosakan. Kebodohan mereka melakukan kerja bodoh seperti berfesyen seperti orang bodoh dan bersundalan jantan betina tanpa ikatan sah ditiru bulat bulat oleh remaja yang juga boleh dikatakan bodoh.

7. Artis-artis ini tentu sahaja memperbodohkan diri mereka meniru artis luar negara kerana mereka sendiri keliru dengan identiti mereka sendiri. Artis luar negera terutama dari Barat memang terkenal melakukan perkara  sedemikian dan tidak menjadi apa-apa kerana ianya sudah menjadi budaya kita.

8. Kelakuan artis yang bodoh perlu segera dipantau oleh pihak berwajib. Kementerian Penerangan khususnya perlu lebih celik dan tegas untuk memastikan kebodohan artis ini tidak dipertontonkan kepada rakyat Malaysia.

9. Sudahlah internet Malaysia ini kurang penjagaannya, dengan kelakuaan artis negara yang lebih kurang sama taraf dengan Barat, ini akan lebih mendedahkan dan mempercepatkan kerosakan akhlak generasi muda.

10. Jika kelakuaan bodoh artis-artis ini tidak segera dipantau, jangan terperanjat dalam masa terdekat Malaysia akan jadi lebih dahsyat dari Hollywood.

11. Malaysia dulu pernah ada seorang Menteri Penerangan yang tegas dan pernah gam dan potong sendiri rambut artis kerana berambut panjang. Tapi Menteri Penerangan hari ini lebih banyak berbahasa basi tentang itu ini dan sebuk melobi undi!!!!

JPX


8 comments:

tungkaran hati said...

Kata orang kalau nak maju mesti ada produksi halal filem lucah sendiri bukan macam filem bang Nuar tu....!

rezqeen hill said...

Salam Tuan,

Negara kita blom mencapai tahap pengeluar filem lucah tetapi pelakonnya sudah dikenal pasti yg mana boleh menonjol dan terbonjol hehe..

Sudah dipautkan blog tuan di blog saya. Salam perjuangan !~

Unknown said...

rezqeen hill: DONE...tq

Kenn said...

Saya telah pautkan JIWA PARADOX di VOICES AROUND dan LISTED !!!

Mohon Sdr sambut salam perjuangan ini dengan pautan di blog.

Terima kasih kerana mengunjungi laman saya.

Unknown said...

KENN: done...tq

Jeepers Creepers said...

zaman sekarang menteri bukan lagi ada kuasa..kalau menteri buat keputusan x popular, mereka akan tumbang.

Anonymous said...

salam tuan JP,

blog kita sudah terpaut :)

Unknown said...

YB RAZ: ada pengalaman ke???hahahah

DIN: terima kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa