Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, June 13, 2011

PERKASA ISYTIHAR PERANG KEPADA BERSIH 2.0


ADUH...
NAK GADUH KER NI???
JANGAN LER SAMPAI GADUH...
MALAYSIAKAN NEGARA AMAN...
MALAYSIAKAN NEGARA MAKMUR...
JAUHKANLAH SEMUA INI...

TAPI...
KALAU ADA MENTERI PUN TAK BUAT KERJA...
BENDA MACAM NI MESTI TAK BOLEH ELAK...
INI AMARAN PUN  TAK BAGI...
MANA BOLEH JADI...
NAK BIAR AJA ORANG JAHAT BUAT ONAR...
KITA MESTI HALANG...
KITA MESTU LAWAN...

DULU MENTERI TEGAS MANA ADA BENDA MACAM NI...
DULU MELAYU KUAT MANA ADA MACAM NI...

JPX

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai “mengacau”.

Ketuanya, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”.

Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi.

"Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun, mereka akan baling batu, bakar kereta... PERKASA akan turun ke jalannan dan halang mereka (perhimpunan BERSIH),” katanya.

BERSIH 2.0 yang diketuai oleh beberapa pemimpin NGO dijadual mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Tujuannya ialah untuk menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara

4 comments:

Anonymous said...

Bila isytihar perang tu jangan lupa turunkan panglima panglima perang di medan tempur dak gitu !

Anonymous said...

Patut ada lebih banyak lagi NGO yg berani macam PERKASA!

Anonymous said...

Salam semua,
Tertarik saya tentang beria-ia benar pihak ngo nak buat Demontrasi Bersih dalam kotor. Malas nak tulis panjang2 go to point..sebenarnya ada pihak2 tertentu sudah mencium setuasi gelombang pru 13 nanti yang keputusan pengundi tidak lagi akan memihak pada mereka...pendek cite mereka perlu mengatur sesuatu agar dapat menghalalkan tindakan mereka jika benar itu keputusan yang terjadi. Harap anda semua dapat membaca tindak tanduk dan sikap pemimpin pembangkang baik yang melayunya atau bukan melayu. Fikir2lah.

Anonymous said...

Mana pergi nya menteri yang selalu menghunus dan mengucup keris..???
Dah menghilangkan diri ke..???
Asik2 beri amaran...amaran ...dan amaran....lain tak ada.

My suggestion is>>>>>>

ABNORMAL SITUATIONS NECESSITATE
ABNORMAL MEASURES.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa