LAPORAN POLIS GERAKAN BELIA 4B (M) KAWASAN JASIN TERHADAP GABUNGAN PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL (BERSIH 2.0)
Berdasarkan laporan yang diperolehi dari beberapa laman web (seperti dilampiran) ada usaha dari Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mahu menganjurkan satu perhimpunan haram yang pada 9 Julai 2011, Sabtu bertempat di beberapa lokasi di Kuala Lumpur.
Perhimpunan haram ini diketuai oleh Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan kononnya mahu menuntut keadilan dalam pilihanraya di Malaysia. Kami berpendapat bahawa perhimpunan ini tidak lebih dari modal politik murahan golongan yang mempunyai kepentingan dalam mencapai niat jahat merosakkan identiti dan maruah Negara di mata dunia.
Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Jasin berpendapat jika perhimpunan haram ini berlaku negera bakal berhadapan dengan beberapa isu seperti kekacauan dan keganasan dari mereka yang berhimpun, mengganggu ketenteraman penduduk, merosakan imej Negara di mata dunia, kejatuhan ekonomi Negara dan kerosakan infra awam yang dilakukan oleh mereka yang menghadiri perhimpunan haram tersebut . Pada perhimpunan Bersih yang lepas banyak perkara tidak diingini berlaku antaranya merosakkan harta awam kesesakan lalu lintas yang teruk peniaga mengalami kerugian dan pelancong takut dan rasa tidak selamat.
Bersih 2.0 dilihat sebagai pembohongan kerana di sebalik dakwaan pilihan raya tidak bersih, Bersih 2.0 hanya diam menyepi apabila keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 diumumkan dan setelah pembangkang menawan 5 negeri ketika itu. Pada waktu yang sama mereka terima keputusan pilihan raya yang memihak kepada pembangkang.
Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Jasin sebagai sebuah NGO yang terdiri dari pada golongan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, yang mahukan keselesaan dan keselamatan mereka terjamin, benci negara diporak perandakan oleh samseng-samseng jalanan seperti Bersih. Melalui laporan ini kami memohon agar pihak berkenaan segera mengambil tindakan ke atas Bersih 2.0. Jika tidak Bersih 2.0 akan mewujudkan anarki dan kekacauan di dalam negara akan merasa bahawa mereka berada di pihak yang benar dan perbuatan mereka ini direstui majoriti rakyat Malaysia.
Kami juga memohon kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat mereka yang menggunakan medium media baru untuk tujuan menghebahkan tentang penganjuran perhimpunan haram ini.
Laporan polis ini juga adalah untuk pihak polis mengambil tindakan tegas untuk menghalang perhimpunan Bersih ini sebelum berlaku. Oleh yang demikian, kami, Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Jasin memohon kepada pihak Polis Di Raja Malaysia untuk menyiasat dan memastikan agar niat jahat kumpulan ini tidak berjaya dilaksanakan. Kami juga mendesak kerajaan supaya dengan tegas mengambil tindakan kepada dalang Bersih 2.0 ini kerana ini melibatkan soal keselamatan rakyat dan juga seluruh Negara Malaysia. BERSIH 2.0 mesti dikenakan tindakan undang-undang kerana mendatangkan suasana keadaan tidak aman dan kacau bilau kepada Negara Malaysia yang aman damai ini.
No comments:
Post a Comment