Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, May 16, 2011

NIK AZIZ KENA SERANG: LADANG RAKYAT PENIPUAN AKHIR ZAMAN!!!



Kira-kira 200 Pemuda Umno berhimpun di perkarangan pintu masuk Kota Darul Naim yang menempatkan pejabat Menteri Besar Kelantan pagi ini bagi membantah projek Ladang Rakyat.

Mereka memakai baju Umno dan lambang 1 Malaysia, membantah projek Ladang Rakyat anjuran kerajaan negeri Kelantan yang dikatakan menindas rakyat Kelantan khususnya masyarakat sekitar Gua Musang.

Dengan memakai kain lilitan kepala, kumpulan ni berhimpun di perkarangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK).

Akhirnya, kira-kira jam 10.10 pagi, wakil kumpulan tu menyerahkan 'memo rakyat' kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof di depan pagar Kota Darulnaim.

Projek Ladang Rakyat telah dikecam hebat kerana terdapat laporan bahawa penjualan tanah Ladang Rakyat kepada syarikat bukan bumiputera bernilai RM12.75 juta.

Pentadbiran Nik Aziz juga didesak menjelaskan kewujudan perjanjian 'ali baba' dalam pemberian tanah seluas 1185.2 hektar kepada sebuah syarikat milik bumiputera yang dimiliki dua beradik pada tahun 2006 untuk fasa kedua pembangunan Ladang Rakyat di Mukim Kandek, Dabong.

Perjanjian pemberian tanah tersebut dibuat pada 23 Mac 2006 dengan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat mewakili Kerajaan Pas Kelantan manakala pasangan dua beradik itu mewakili sebuah syarikat perladangan dan ternakan.

Bagaimanapun kira-kira tiga tahun selepas itu, syarikat tersebut telah diambil oleh sebuah syarikat bukan bumiputera yang membabitkan penjualan saham sebanyak RM12.75 juta.


p/s: Patutlah Kelantan tak maju selama diperintah oleh Nik Aziz..., rupanya orang tua tu asyik songlap duit rakyat jee...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa