Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, August 15, 2016

TERKINI: CERITA AHLI PARLIMEN BUKIT KATIL YANG MEMALUKAN


1. Persempadanan semula kawasan pilihan raya adalah satu proses dimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan jalankan setiap 8 -10 tahun. Ini adalah satu proses biasa dijalankan di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan. Kali terakhir persempadanan semula dijalankan adalah pada tahun 2003 dan 2005.

2. Proses ini biasanya dilakukan untuk mengimbangkan bilangan pengundi di sesuatu kawasan parlimen atau DUN agar wakil rakyat yang dipilih dapat menjalankan tugasnya dengan bilangan pengundi yang sewajarnya.

3. Persempadanan semula adalah bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya, seperti yang tertakluk dalam Perkara 113, Sek 2(i) Perlembagaan Persekutuan. Ia dijalankan tidak kurang daripada 8 tahun sejak persempadanan semula yang terakhir dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan/Per. 113/2(ii)

4. Proses ini bermula apabila SPR menerbitkan dalam Warta Kerajaan dan suratkhabar tempat-tempat di mana peta yang dicadangkan akan dipaparkan di setiap kawasan pilihan raya yang akan terkesan oleh proses persempadanan semula. 

5. Sebelum itu, SPR juga akan memaklumkan kepada Perdana Menteri dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (dalam cerita ini, Ketua Menteri Melaka) tentang niat mereka untuk memulakan proses tersebut yang tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan/Jadual 13/Bahagian 2/ 4(a).

Mohon fahamkan fakta-fakta di atas.

Shamsul Iskandar a.k.a Sam Ketot, Ahli Parlimen yang tak berapa tinggi dan panjang akalnya sekali lagi cuba jadi hero. Macam biasa, orang PKR memang suka jadi hero tapi dengan cara yang paling rendah kelasnya dan hina modus operandinya.

Dengan menggunakan perkataan kesat dan carutan yang kebanyakkan perkataan itu adalah sifat semulajadi Sam Ketot, dia mengeluarkan kenyataan mencabar Pengerusi SPR dan Ketua Menteri Melaka berkenaan berita persempadanan semula kawasan piliharaya di Melaka.

Dia menuduh SPR dan UMNO Melaka mencabul demokrasi apabila berita penambahan kerusi yang melibatkan kawasan parlimen Bukit Katil akan berlaku dalam persempadanan semula yang akan datang telah mula tersebar.


Sebagai seorang yang bacul, Sam Ketot tentu sahaja akan mengeletar ketakutan jika ada cubaan pergerakan yang dia rasa mampu mengugat kedudukannya sebagai ahli parlimen. 

Sebagai seorang (kononnya) peguam, Sam Ketot perlu lebih tahu hal-hal yang berkaitan undang-undang dan perlembagaan. Sam Ketot mungkin terpaksa mempamerkan kebodohannya sebagai syarat untuk kekal dalam PKR.

Perkara persempadanan semula ini bukan kerja main-maim. Jika benar UMNO boleh campur tangan dalam urusan SPR, tidak mungkin UMNO akan membenarkan Sam Ketot menang di Bukit Katil. Jika benar UMNO ada kuasa ke atas SPR, jangan harap cina dap komunis boleh kekal sebagai ADUN di beberapa kawasan di negeri ini.

Melalui fakta-fakta di atas, memang sudah sampai masa SPR untuk merangka peta persempadanan semula kawasan pilihanaraya di negeri Melaka. Ini perkara biasa dan semua orang terutamanya wakil rakyat (yang waras) sudah terlebih maklum tentang perkara ini.

Ketua Menteri Melaka sudah pasti tahu tentang persempadanan semula ini. Sebagai KETUA KERAJAAN NEGERI, SPR akan melaporkan sebarang perancangan berkaitan persempadanan ini kepada Ketua Menteri Melaka (rujuk fakta 5).

SPR maklum kepada Ketua Menteri supaya cadangan persempadanan semula ini boleh dibawa ke dalam Sidang Dewan Undangan Negeri untuk dibahas dan diterima. Wakil-wakil rakyat akan membahaskan usul ini dan memilih samada setuju atau tidak usul ini diterima. Jika ramai yang setuju, maka usul ini lulus. Sebagai pengamal demokrasi, Sam Ketot tentu sahaja faham bahawa yang punya majoriti pasti akan menang. Dengan kiraan majoriti yang di bawah urusan SPR, Sam Ketot menang di Bukit Katil pada PRU yang lalu. 

Tapi kenapa hari ini, Sam Ketot buat tuduhan jahat kepada SPR? Apa salah SPR yang ternyata menjalankan tugas mereka yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan?

Inilah wajah sebenar Sam Ketot dan orang PKR. Jika satu benda itu tidak memihak kepada mereka, maka pihak itu akan jadi mangsa serangan, caci maki dan fitnah jahat mereka. Sam Ketot tidak kekok untuk buat semua perkara keji ini kerana inilah resam hidup dan teknik PKR berpolitik.

SAM KETOT, SHUT UP AND GROW A PAIR!!! 

Kalau betul kau cakap PKR power dan dapat sokongan rakyat, berhenti menyalak!!! Apa nak heran kalau betul orang suka kau tentu sahaja orang akan terus pilih kau dalam PRU yang akan datang. Dan kalau betul kau kuat, tak mungkin kau akan kalah. Jadi tak payah nak cabar SPR dan tuduh Ketua Menteri itu ini. Biar mereka buat kerja mereka, kau buat kerja kau (kalau kau ada kerja ler). Kita lawan masa pilihanraya nanti.

KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEDANG MOHON TAMBAH 11 DUN UNTUK PRU14 DAN TAKDE SORANG PUN YANG BISING. KENAPA SI KETOT TAK NAK MARAH AZMIN ALI PULAK?  

Dan kepada SPR, kalau betul nak layankan si Sam Ketot ni, aku cadang kau buatkan satu sessi penerangan khas untuk terangkan bidang tugas dan bagaimana SPR ini berfungsi kepada dia dan balaci-balaci dia yang gelap hati serta susah nak faham ni. 

Itupun kalau korang nak layan ler. Kalau tidak, korang lantakkan jer dia ni. Sudahlah pendek, penakut dan pencarut pula. Kalau tak silap, Sam Ketot ni dulu pernah terkencing dalam seluar, korang ingat tak kes dia ni?

JPX

1 comment:

Anonymous said...

hmmm....apa lah yg nak di harap pada MP Bukit Katil ni....??? baru kena sergah dgn FRU, dah terkencing kencing dlm seluar.....malang sungguh org Bukit Katil dapat MP yg tak berapa cukup tinggi akal fikiran dan tubuh badan ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa