Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Wednesday, December 16, 2015

CINA KOMUNIS HINA PAKAIAN ORANG ISLAM!!!




Pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming dikutuk oleh pengguna Facebook (FB) kerana menghina pakaian umat Islam melalui sebuah status berserta poster yang dimuat naik di akaun FB miliknya.

Di dalam poster bertulisan Cina itu, Nga menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sama ada ia akan dijadikan sebagai uniform baharu pramugari syarikat penerbangan MAS.

Nga juga mengutuk perwakilan UMNO Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’ yang mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat.

Ramai pengguna FB meluahkan rasa tidak puas hati dengan poster itu kerana Nga dianggap telah menghina pakaian umat Islam.

Abu Ilham berkata, tindakan Nga adalah satu yang memalukan.

“Shame on you Nga Kor Ming! Saya tidak pasti apa motif u letak gambar perempuan Islam berpurdah. Saya pasti ianya satu penghinaan!” tulisnya.

Muhammad Al-Mahdi pula menyifatkan Nga sama seperti calon Republikan AS, Donald Trump kerana berfikiran sempit.

“Apa yang cuba anda sampaikan dari poster tersebut? Apakah anda cuba memomokkan pemakaian wanita berburqa? Jika ya anda tak lebih kurang bodoh dan tolol serta konservatif seperti Donald J. Trump.

“Di United Kingdom (UK), hak kebebasan berpakaian adalah utama dan tidak perlu gerakan menakutkan masyarakat dengan apa jenis pakaian pun, bahkan usaha mereka mendekatkan dan memahamkan semua jenis pakaian adalah pilihan,” katanya.

Nasrul Alam Ash’ari turut memberi komen terhadap ‘kebijakan’ sesetengah ahli politik melontarkan kenyataan terhadap isu-isu semasa.

“Patutlah UMNO, MCA, MIC & BN masih menang walaupun banyak korupsi dan tipu rakyat. Kebanyakkan ahli politik parti pembangkang tidak bijak menjawab dan merosakkan lagi suasana. Lagi merosakkan hubungan beragama dan kaum di Malaysia. PAS, PKR, DAP patutlah jadi pembangkang selamanya,” katanya.

Terdahulu, ketika perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, perwakilan UMNO Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus melahirkan kekecewaan terhadap konsep syarikat penerbangan milik kerajaan, MAS yang masih menghidangkan arak dan mengekalkan konsep pakaian pramugari yang mencolok mata.

“Dalam memperkatakan UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, satu yang menjadi kehairanan saya iaitu syarikat MAS milik kerajaan membenarkan lagi penghidangan arak dan pemakaian pramugari yang tidak sesuai.

“Tolonglah Presiden (Datuk Seri Najib Razak) beri perhatian segera. Saya fikir kalau MAS tiada duit sekalipun, Ketua Wanita di cawangan- cawangan boleh jahit pakaian pramugari ni bagi sopan sedikit,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Apakah Ngah Kelapa Komeng jeles setelah mengetahui buasana wanita muslim adalah pakaian yang memberi inspirasi kepada bentuk pemakaian sesuai di bilik-bilik bedah di serata dunia?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa