Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Monday, December 21, 2015

ALHAMDULILAH:PAS SEDIA LUPAKAN SENGKETA



Pas sedia melupakan segala isu yang selama ini menjadi punca persengketaan antara parti itu dengan UMNO bagi menjayakan perpaduan antara kedua-dua parti, demi kepentingan orang Melayu, agama Islam dan tanah air tercinta.

Perkembangan terbaharu itu mencerahkan lagi harapan untuk menyaksikan perpaduan antara UMNO dengan Pas selepas pelbagai usaha yang dirintis sebelum ini gagal membuahkan hasil disebabkan keengganan pimpinan terdahulu Pas melupakan dendam lama.

Kesediaan Pas itu disuarakan sendiri Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dan beliau menyifatkan perpaduan umat Islam merupakan agenda besar yang menuntut keikhlasan semua pihak jika benar-benar mahu melihat sejarah berkenaan tercipta.

“Itu ciri-ciri yang perlu ada (melupakan sengketa lama). Ini bukanlah perkara baharu, ramai pemimpin daripada parti lain termasuk UMNO yang masuk Pas, mereka mempunyai kedudukan yang begitu baik dan diterima dengan hati terbuka oleh ahli Pas.


“Itu dalam kalangan ahli. Sekarang datang parti dan kita akan buat benda yang sama,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Persidangan Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.

Selasa lalu, Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 menjadi saksi terintisnya jalan perpaduan antara UMNO dan Pas apabila Presiden kedua-dua parti terbesar orang Melayu, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir dalam majlis itu.

Najib yang juga Presiden UMNO kemudiannya menghulurkan salam perpaduan kepada Abdul Hadi de­ngan berpandukan suruh Ali-Imran ayat 103 yang mengajak umat Islam agar berpegang teguh kepada tali Allah dan melarang daripada berpecah-belah.

Kepada soalan adakah Pas dan UMNO akan mengadakan pertemuan lebih kerap selepas ini bagi membincangkan soal perpaduan yang sedang dirintis, Takiyuddin berkata, perkara tersebut bergantung kepada bagaimana perancangan kedua-dua belah pihak.

Menurut beliau, di pihak Pas, memandangkan isu perpaduan dengan UMNO itu masih baharu, pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk menjelaskan kepada ahli akar umbi mengenai keputusan menyambut salam perpaduan yang dihulurkan Perdana Menteri.

“Penerimaan (ahli akar umbi) memang kita boleh lihat, tetapi memang perkara baharu jadi ada pandangan tertentu. Pokoknya dalam kepemimpinan Pas apa yang dibawa oleh Presiden Pas ini adalah sesuatu yang bersikap kolektif atas nama parti,” katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Senang le skt nak belanja duit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa