Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Thursday, September 24, 2015

BERITA TERKINI KEJADIAN REMPUHAN DI MINA, MEKAH

Tiada jemaah Malaysia terlibat rempuhan di Mina

Tiada jemaah haji Malaysia disahkan terlibat dalam kejadian rempuhan di Mina setakat ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, insiden rempuhan itu baru sahaja berlaku dan Tabung Haji sedang berusaha mengesan jemaah haji Malaysia.

“Setakat ini masih tiada lagi mangsa, tetapi masih belum dapat disahkan secara rasmi. Kejadian baru sahaja berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di Mekah yang disiarkan secara langsung oleh RTM.

Menurutnya, kejadian bukan berlaku di tempat melontar jamrah, tetapi di laluan pejalan kaki antara khemah yang didirikan di Mina.

Beliau memberitahu, kawasan kejadian rempuhan di Mina tidak melibatkan laluan jemaah Malaysia untuk melakukan ibadat melontar.

Katanya, lapan pos kawalan jemaah haji sedia ada yang dilaksanakan Tabung Haji di Mina akan dipertingkatkan lagi tahap pemantauan dan kawalan ke atas jemaah haji negara ini.

“Tabung Haji bagaimanapun masih membuat semakan berterusan di perkhemahan jemaah haji Malaysia,” katanya.


Tiada staf Malaysia berkhidmat dengan Makkah Metro terlibat rempuhan

Tiada staf Malaysia yang berkhidmat dengan operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) terlibat dalam insiden rempuhan di Mina.

Pengarah Projek MMMSL, Khairani Mohamed berkata, semua staf Malaysia yang bertugas di sini selamat.

“Walau bagaimanapun, kita akan memantau dan meningkatkan kawalan di stesen untuk menjamin keselamatan para jemaah yang menggunakan perkhidmatan kami”, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Seramai 440 rakyat Malaysia yang kebanyakannya staf Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bertugas dalam operasi MMMSL.

Insiden rempuhan di Mina: 453 maut, 719 cedera

Jumlah korban kejadian rempuhan di Mina meningkat kepada 453 orang jemaah haji manakala 719 lagi cedera, berdasarkan laporan Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi.

Kali terakhir tragedi rempuhan berlaku di Mina adalah pada 2006 yang menyaksikan 346 jemaah haji maut manakala 289 cedera.

1 comment:

Anonymous said...

Last2 Najib juga dipersalahkan. Macam crane tumbang, Najib juga dipersalahkan dan dikecam kerana kelewatan mencari mangsa Malaysia yang hilang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa