Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. al-Baqarah (2) : 120

Tuesday, September 15, 2015

BACA DAN SEBARKAN: "BLACK OPS" DIRANCANG UNTUK GAGALKAN HIMPUNAN BAJU MERAH ESOK!!!


Laporan diterima bahawa terdapat beberapa kumpulan daripada pihak anti-Kerajaan yang merancang untuk melaksanakan "Black-Ops" untuk cuba mensabotaj Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyamar sebagai peserta-peserta baju merah pada 16 September 2015 dan melakukan perkara-perkara berikut:

1. Meletakkan gambar-gambar pemimpin-pemimpin kaum cina dan pembangkang terutamanya DAP di atas dan di tepi jalan untuk dipijak oleh peserta-peserta himpunan baju merah.

2. Meletakkan patung-patung pemimpin kaum cina dan pembangkang untuk dipukul dan dibakar oleh peserta himpunan baju merah.

3. Mencetuskan pergaduhan dan membaling botol ke arah kedai-kedai kepunyaan peniaga kaum cina untuk mencetuskan rusuhan.

Tujuan mereka adalah berniat jahat untuk memperdaya dan memerangkap peserta-peserta himpunan baju merah supaya melakukan perkara-perkara di atas. Ini adalah supaya jurugambar-jurugambar dan wartawan-wartawan mereka dapat mengambil gambar-gambar dan memutarbelitkan (spin) cerita kelakuan buruk peserta-peserta himpunan baju merah untuk dijadikan bahan propaganda untuk memburuk-burukkan perhimpunan aman Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September 2015 ini.

JANGAN TERPERDAYA DAN TERPERANGKAP DENGAN RANCANGAN JAHAT MEREKA. JAGALAH NAMA BAIK DAN KEAMANAN HIMPUNAN KITA. SEBARKAN PADA SEMUA SAUDARA-SAUDARA KITA YANG LAIN.

INI ADALAH PERHIMPUNAN AMAN DAN KITA BANGSA MELAYU ADALAH PENCINTA KEAMANAN.

KEPADA ALLAH KITA MEMOHON DAN KEPADANYA KITA BERSERAH.


4 comments:

Anonymous said...

Benda ni pasti berlaku. Kalau bukan peserta melayu ori yg buat, pasti mereka sendiri yg pijak, lanyak dan pukul gambar dsn objek yg dlm fokus kamera mereka. Setan betul, ada je haramjadah ni punya akal.

Anonymous said...

Kenapa harus kita menyokong dan menyertai perhimpunan kerajaan Najib ini?

Kenapa harus kita bersekongkol dengan najib yang penuh dengan salahgunakuasa dan menyeleweng?

Kenapa harus kita bersubahat dengan najib yang tidak bersih, tidak cekap dan tidak amanah?

Bukankah beliau telah menindas, menzalimi rakyat?

Kenapa kita mahu jadikan najib sebagai pemimpin apabila beliau secara jelas telah memungkiri dan bersumpah membela nasib rakyat?

Tidak terfikirkah umno, pemimpin boleh diganti?

Tidak terfikirkah umno, apakah akibatnya apabila kita bersyubha dengan rasuah dan segala kemudahan penangkutan, makanan, duit poket; yang disediakan menghadiri perhimpunan ini adalah hasil dari riba?

Bagaimana pula dengan pak menteri, pengampu, punahsihat dan chai2 yang dibayar, diupah najib boleh hidup bermewah mewah?

Sanggupkah kita rakyat marhaen berterusan ditindas dan dizalimi oleh Najib?

Tepok dada tanya selera, berfikirlah untuk anak cucu kita di masa hadapan adakah kita mahu jadikan satu budaya menerima pemimpin yang telah tercalar dengan ketirisan, penyelewengan dan salahguna kuasa?

Dengan nama mu ya Allah SWT hambamu mendirikan peringatanmu!

Anonymous said...

RBA 758 ni dah sewel. Yg zalim, kaki tindas, penipu, pembohong, pemfitnah, samseng, kominis dan budaya memberi rasuah tu pembangkang dan yg sewaktu dengannya. Siapa mahazalim, mahafiraun? Bukan Najib kan. He he he kami rakyat tahu menilai. Kamu batu api ni nanti kat neraka dijadikan kayu api tau.

Anonymous said...

Kalau hati telah hitam benda salah dan x baik pun dibuat juga. Sabotaj ni pun satu bentuk jenayah. Inilah budaya pembangkang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Portal Berita Semasa