Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Pas yang mengkhianati bai’ah dilafazkan mereka sebelum menjadi calon parti pada pilihan raya umum lalu akan dilaknat Allah dan rasul.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awng berkata, selagi Pas terus berjuang pada landasan menegakkan al-Quran dan Sunah selaras dengan ajaran Islam, bai’ah tersebut seharusnya diteruskan.
“Selagi perjuangan Islam itu dibawa, tidak boleh khianat. Kalau khianat, dilaknat oleh Allah, dilaknat oleh Rasul, dilaknat oleh semua yang melaknat.
“Ayat ini mana lagi besar dengan cerai bini? Ada orang dia kata laknat ini tidak apa. Biar kata apa pun, bini (dia) rasa sayang lagi. Ada orang begitu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu hari ini.
Selasa lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan 22 bekas pemimpinnya termasuk tujuh wakil rakyat bukan lagi ahli parti itu sebaik sahaja mereka dilaporkan berada dalam barisan kepemimpinan Parti Pekerja.
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli yang pernah melafazkan bai’ah cerai talak tiga merupakan satu-satunya wakil rakyat di Kelantan yang terlibat dalam senarai itu.
Dalam bai’ah tersebut, setiap wakil rakyat Pas di Kelantan yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.
Perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri tersebut sejak 2004.
Semalam, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhammad mengesahkan perkahwinan Mohd. Hatta dengan isterinya bercerai talak tiga kerana melanggar taklik yang pernah dilafazkan dalam bai’ah Pas negeri itu.
Walau bagaimanapun, Mohd. Hatta menafikan perkara tersebut tetapi enggan memberi penjelasan lanjut, sambil secara sinis berterima kasih dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang didakwa ‘mengatur kehidupannya.’
Dalam pada itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din ketika dihubungi berkata, bai’ah yang dibuat oleh kesemua wakil rakyat parti itu adalah dengan Allah, justeru secara jelas, sekiranya ia dikhianati bermakna mereka mengkhianati Allah.
Atas sebab itu, beliau berkata, tidak timbul soal membayar kafa- rah yang sesuai sebagai ‘denda’ kerana melanggar baiah parti itu seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kelmarin.
“Baiah tidak boleh bayar kafarah sebab jelas daripada ayat Allah yang bermaksud sesungguhnya orang-orang yang berbai’ah dengan kamu wahai Muhammad, mereka sebenarnya berbai’ah dengan Allah.
“Yang boleh dibayar dengan kafarah itu ialah sumpah, melanggar sumpah dan perlu bayar kafarah. Yang mereka hadapi sekarang ini ialah apa yang mereka lakukan ialah bai’ah,” katanya.
‘Selagi perjuangan Islam itu dibawa, tidak boleh khianat’.
3 comments:
Tunggu dan lihat sahajalah, kehidupan insan insan "terlaknat" ni.
Dasyat, khianati parti sudah jadi khianati Allah. Lawak betul agama PAS ni. Bertuhankan politik. Kepada penganut2 agama PAS, mari saya perkenalkan anda semua kepada satu jalan yang benar, dinamakan Islam.
selepas ini akan wujudlah parti pas yang benar-benar memperjuangkan agama islam
parti pas yang selama ini kita ingat adalah pati islam rupanya sama aja dengan parti lain mereka hanya menyamar dengan memakai kopiah dan sarban dengan jubah yang labuh untuk menunjukan keislaman mereka tapi sebenarnya mereka inilah yang menghancurkan kepercayaan pada islam
tembelang mereka pecah dengan adanya serpihan yang menentang hudud dan mengitiraf kafir sebagai pemimpin
tahniah kepada pembelot kerana mencelikan mata yang buta
Post a Comment